­
Personal

Menang Tender Lelongan Barang Kemas Ar Rahnu Xchange

9:27 AM
Macam tak percaya dan tak ku duga pulak boleh menang tender lelongan barang kemas ar rahnu yang aku hantar minggu lepas. Ingatkan dah tak dapat sebab mengikut adik manis yang kat kaunter tu cakap, result keluar hari Isnin atau Selasa. Tak sangka pulak hari Jumaat dia call. ...

Read More...

Semasa

Pelancaran Laluan Baharu Air Asia X Dari Kuala Lumpur ke Fukuoka Jepun

10:02 AM
Minggu lepas, Air Asia X melancarkan laluan baharu mereka dari Kuala Lumpur ke Jepun, iaitu Fukuoka. Merupakan destinasi yang ke-5 bagi Air Asia X ke Jepun. Pelancaran laluan baharu ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun menerusi pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan tempatan. Harga Tiket Flight Kuala Lumpur-Fukuoka Harga tiket kapal terbang bersempena pelancaran ini, adalah bermula dari RM199*...

Read More...

Personal

Hujan di Petang Hari di atas Jalanraya Yang Sesak

11:22 AM
Keadaan jalan raya waktu petang di bandar besar seperti Kuala Lumpur, memang sesak dengan kenderaan 2 roda, 4 roda mahupun 10 roda. Tak lupa juga pada yang menggunakan pengangkutan awam seperti MRT,LRT dan juga bas. Hanya menggunakan 2 kaki. ...

Read More...

Automotif

10000 km Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection Review

4:54 PM
Sedar tak sedar motosikal yang baru sahaja aku beli pada awal tahun 2018 sudah mencecah jarak perjalanan sebanyak 10,000 km. Sebelum ni aku guna motosikal ni untuk kegunaan harian biasa. Jarak perjalanan yang memakan masa tak sampai 7 minit. ...

Read More...

Personal

Hari Minggu Mandi di Kolam Renang Putrajaya Presint 6

11:51 AM
Di hujung hujung minggu macam ni, lebih indah hidup rasanya kalau dapat luangkan masa yang berkualiti dengan insan-insan yang tersayang. Aku cuba dengan membawa anak-anak mandi di kolam renang Putrajaya Presint 6.  ...

Read More...

Personal

Beli Kasut Bola Murah di Outlet Sports Direct Sunway Putra Mall

12:13 PM
Mana nak cari kasut bola murah kat KL ni? Seingat aku,kali terakhir aku beli kasut bola pada tahun 2003. Semasa menjadi seorang pelajar yang berdedikasi di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Negara Matahari Terbit. Itupun aku tak boleh nak ingat berapa harga kasut bola yang aku beli masa tu. ...

Read More...

Personal

Pertama Kali Masuk Tender Lelongan Barang Kemas di Ar Rahnu Xchange TTDI Groove

4:48 PM
Salam Jumaat Penghulu bagi segala hari. Sempena di hari yang baik ini kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Aminn... ...

Read More...

Travelog

Jalan-jalan Cuti Sekolah di Movie Animation Park Studio MAPS Ipoh Perak

11:18 AM
Minggu pertama cuti sekolah  bagi sesi 2018 baru sahaja bermula. Sebelum aku menjadi lebih sibuk dengan kerja-kerja yang dirancangkan, adalah lebih baik meluangkan sedikit masa yang ada untuk putera dan puteri aku. ...

Read More...

Automotif

Tukar Bateri & Belting Altenator Nissan Grand Livina 1.6 Auto

12:10 PM
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan membasahi bumi di tengah hari. Tidak kusangka kan bateri kereta boleh bertahan tak sampai 2 tahun. Patut lah kereta tak boleh nak start hari ni. ...

Read More...

Semasa

TAHNIAH Perak The Bos Gaurus Juara Piala Malaysia 2018

1:46 PM
Kepenatan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas masih lagi terasa. Peti suara masih lagi pecah dek menjerit melalak di stadium. Penantian selama 18 tahun, berkesudahan dengan magis, tragis, kontrovesis dan penuh dengan dramatis. ...

Read More...

Semasa

Cerita Awang Hitam Scammer

4:30 PM
Sekian lama aku menyepi dari menulis blog. Hari ni baru rasanya ada semangat balik ingin menulis di blog. Walaupun hari ni sepatutnya tak perlu tulis apa-apa sebab Wordless Wednesday.  ...

Read More...

Semasa

Tekanan

9:32 AM
Tekanan dalam hidup aku dari hari ke hari terasa semakin meninggi mengalahkan Gunung Kinabalu yang terletak di negeri di bawah bayu, Sabah. Kurang sikit dari Gunung Everest. Kadang-kadang ada juga terasa seperti gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk mengeluarkan lava yang kemerah-merahan serta berasap. ...

Read More...

Personal

Buntu

4:28 PM
Adalah normal bagi seorang manusia bila mana secara tiba-tiba menemui jalan buntu dalam meneruskan kehidupan seharian. Begitu juga bagi diri aku yang serba sederhana ni. Temui jalan buntu yang tidak mempunyai pintu untuk keluar. ...

Read More...

Muzik

Lelaki

5:35 PM
Lelaki adalah jantina aku seperti mana yang tertulis dalam kad pengenalan Malaysia. Alhamdulillah aku telah membesar sebagai lelaki sejati dan tulen. Terima kasih yang tak ternilai untuk diucapkan kepada kedua orang tua aku yang telah banyak bersusah payah membesarkan aku sebagai seorang lelaki. Hanya orang tua sahaja yang faham dengan karenah anak lelaki. ...

Read More...

Automotif

Servis Pertama Motosikal Baru Yamaha Lagenda 115Z

7:30 PM
Hari ni genap sebulan aku menggunakan motosikal baru. Jangka masa yang agak lama juga bagi aku untuk menyampaikan kepada 1000 km penggunaan. Bukannya jalan jauh sangat, hanya sekitar pekan Kajang. ...

Read More...

Semasa

Emas

9:37 AM
Emas merupakan simbol kekayaan bagi manusia di dunia ini. Tidak kira disimpan dalam bentuk apa sekalipun. Barang kemas, duit atau jongkong. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.  ...

Read More...

Semasa

Besi

1:00 PM
Kemalasan mula melanda dalam diri setelah beberapa hari bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Aku tak dapat nak pergi bercuti ke mana-mana pun. Cuma balik kampung selama 2,3 hari di Bidor, Perak. Dapat tengok muka mak sekejap pun jadi lah. Tak nak disumpah jadi batu seperti si Tanggang.  ...

Read More...

Muzik

Duit

11:42 AM
Dalam dunia yang serba moden ni ada 2 sahaja jenis duit. Duit kertas dan duit syiling. Aku tidak pasti bagaimana penggunaan duit di zaman batu. Mungkin menggunakan duit daripada daun atau batu. Atau mungkin menggunakan sistem barter. ...

Read More...

Muzik

Batu

1:32 PM
Dalam keadaan cuaca yang panas terik sekarang, dapat pekena ais batu memang sedap. Tambah pula kalau dapat ais batu campur. Ada aiskrim lagi kat atasnya. Lazat dan berkrim disukai ramai. Sepertinya Aiskrim Baskin Robbin.  ...

Read More...

Personal

Kayu

6:11 PM
Semak pulak aku rasa bila kayu bersepah kat rumah ni. Aku bukannya tukang kayu atau pun hobi mengumpul kayu kat rumah ni. Tapi, kayu-kayu blok yang dah tak digunakan lagi untuk mencetak baju. Nampak macam dah tak boleh nak susun. Blurrr.. ...

Read More...

Semasa

Lupa

4:05 PM
Lupa adalah alasan paling mudah yang aku pernah berikan kepada cikgu kerana tak siap kerja sekolah. Itu kepada cikgu yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Kepada cikgu yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, aku tukar kepada "tak ingat". Dari segi makna nya sama sahaja. Cuma nak menyedapkan telinga yang mendengar. ...

Read More...

Personal

Tidur

4:38 PM
Semenjak dua menjak ni, aku kekurangan waktu tidur. Bukannya susah nak tidur atau pun ada penyakit insomnia. Aku sibuk untuk mengejar dateline pelanggan yang disayangi. ...

Read More...

Semasa

Gambar

4:48 PM
Gambar? Apa ada pada sekeping gambar? Kalau dilihat pada masa kini, ramai yang bergambar tak kira tempat, masa dan situasi. Zaman dah canggih. Telefon boleh jadi kamera. Jadi senang untuk ambil gambar. Pagi petang siang malam boleh ambil gambar. ...

Read More...

Blogger

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah

4:10 PM
Klik Banner untuk join segmen. Terima Kasih. ...

Read More...

Muzik

Kawan

4:04 PM
Kawan. Semua orang ada kawan. Aku ada kawan. Engkau ada kawan. Adik aku ada kawan. Mak aku ada kawan. Nenek aku pun ada kawan. Orang yang tinggal di Hospital Bahagia pun ada kawan-kawan tersendiri. ...

Read More...

Blogger

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi

4:46 PM
Klik banner untuk join segmen. ...

Read More...

Semasa

Kopi

4:35 PM
Kopi dan aku, tak dapat dipisahkan lagi sekarang ni. Bermula dengan wonda coffe yang dijual dalam tin. Sehingga lah sekarang aku bertukar kepada Brazilian Gold Boncafe (seperti dalam gambar). Serbuk kopi atau boleh dikatakan biji kopi yang dijual di dalam balang kaca. Harga jauh lebih jimat jika nak dibandingkan dengan beli wonda coffe dalam tin setiap hari. Kalau dulu paling kurang pun 3...

Read More...

Muzik

Ayam

5:16 PM
Pagi ini aku dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam yang datang dari arah kawasan kejiranan berhampiran. Mungkin ayam yang berada dalam reban ayam di kawasan padang rumah aku. Tidak pasti ayam yang berkokok itu ayam jantan atau betina. Alhamdulillah, aku masih boleh mendengar bunyi kokokan ayam di tengah-tengah bandar. Kebiasaannya boleh didengar di kawasan kampung sahaja. ...

Read More...

Automotif

Motor Baru

6:03 PM
Pada hari Jumaat yang lepas aku ke Jalan Ipoh menaiki komuter dari Stesen Komuter Kajang. Aku ingatkan sudah tidak ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan KTM. Aku tersilap kerana menyangka begitu. Ada juga kawasan yang tiada perkhidmatan MRT. ...

Read More...

Personal

Aku Seorang Blogger

4:12 PM
Aku bermula berjinak dengan blog pada tahun 2015. Dengan menggunakan platform wordpress dan web hosting berbayar. Apa kan daya, blog aku hanya bertahan sehingga pertengahan 2017. Kemudian aku mula kembali pada tahun 2018 ini dengan menggunakan platform blog percuma dari Blogger. ...

Read More...

Personal

Aku Seorang Peniaga Online

6:03 PM
Bekerja dari rumah pada zaman kini sudah menjadi satu trend yang tidak asing lagi di Malaysia. Dengan kemudahan internet yang ada, ramai rakyat di Malaysia sudah boleh menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah sahaja. ...

Read More...

Personal

Aku Seorang Penjual Burger

4:30 PM
Tak pernah terlintas di fikiran aku pada ketika itu untuk menjadi seorang penjual burger. Lagi pulak masa tu peperiksaan SPM akan berlangsung lebih kurang 2 bulan. Kawan aku la ni. Tiba-tiba mengajak aku untuk cari duit lebih masa cuti sekolah. Bukan dekat der. Jual burger kat Cameron Highlands. Kalau tak silap aku, ada pesta bunga masa tu. Sekarang ni tak tau ada lagi ke...

Read More...

Personal

Aku Seorang Penghantar Surat Khabar

4:43 PM
Surat khabar yang tadinya berselerak telah disusun rapi oleh tauke. Tauke aku memang pakar dalam bab menyusun surat khabar ni. Disusun mengikut kawasan dan rumah pelanggan. Ok. Aku Lupa. Kisah ni terjadi sekitar 15 tahun dahulu di Jepun, semasa aku masih lagi sibuk untuk mendapatkan segulung diploma. Buat kerja sambilan sebagai penghantar surat khabar. ...

Read More...

Personal

Aku Seorang Pencuci Pinggan

4:17 PM
Sebelum aku bekerja sebagai seorang penjual sushi, aku buat kerja sampingan sebagai seorang pencuci pinggan di kelab golf. Bekerja hanya di hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad. Kerja pun tak lama, lebih kurang 4 jam sahaja. Dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. ...

Read More...

Personal

Aku Seorang Penjual Sushi

4:32 PM
Masuk sahaja di dapur, sudah bertimbun kerja yang menanti untuk diselesaikan. Susun neta (makanan yang diletak di atas nasi sushi). Buang sampah, masak nasi, potong sayur adalah rutin kerja seorang penjual sushi. ...

Read More...

Personal

Aku Seorang Jurutera

4:24 PM
Di satu ketika dahulu, aku pernah memegang jawatan sebagai seorang jurutera atau pun engineer dalam bahasa inggeris. Yang mana kerja sebagai jurutera ini jauh beza dengan kerja seorang arkitek. Seperti Michael Scolfield dalam drama Prison Break. ...

Read More...

Personal

Lazy Sunday

6:12 PM
Hari ini hari Ahad. Lazy Sunday. Hari untuk bermalas-malasan kat rumah atau pun bilik. Bangun pagi sekitar pukul 11. Mungkin kepenatan dengan Saturday Night Fever semalam. Yang mana tak sama dengan Thursday Night. ...

Read More...

Filem

Saturday Night Fever

6:00 PM
Hari ini hari Sabtu. Demam malam sabtu atau pun saturday night fever, penyakit yang mula melanda ke atas muda mudi kuda kudi pada lewat tahun 70 an. Filem yang dilakonkan oleh John Travolta sebagai watak utama. Mempunyai semangat untuk menari di kelab-kelab malam. Bukan di kelab golf atau pun kelab gay. ...

Read More...

Filem

Friday The 13th

4:39 PM
Hari ini hari Jumaat. Hari yang ke-12 dalam tahun 2018. Tiada kena mengena dengan Jumaat yang ke-13 seperti dalam filem Friday The 13th. Hari Jumaat hari bekerja yang pendek dalam masa seminggu. Bagi orang lelaki muslim di Malaysia, sudah semestinya akan ke masjid untuk menunaikan Fardhu Jumaat atau Friday Prayer dalam bahasa asing. Bagi orang perempuan.. ermmm.... Mungkin lebih suka dengan Black Friday....

Read More...

Semasa

Thursday Night

4:31 PM
Hari ini hari Khamis. 23 tahun dahulu ,aku dapat lesen motorsikal pada hari ini . Ya, hari Khamis Malam Jumaat. Cuma tak ingat berapa hari dan bulannya. Hari ada 30 dan bulan ada 12 dalam masa setahun. Mustahil aku boleh ingat tarikhnya. Melainkan aku pernah rekodkannya di mana-mana. ...

Read More...

Semasa

Wordless Wednesday

4:41 PM
Hari ini hari Rabu. Walaupun aku jarang-jarang sekali buat blogwalking dan tinggalkan jejak di blog lain. Baru ada seorang pengomen dalam blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih yang tak terhingga buat Mrs.A kerana menjadi pengomen yang pertama dalam blog aku ni. I appreciate it. :-) ...

Read More...

Semasa

Corn Cob Tuesday

4:14 PM
Hari ini hari Selasa. Sudah masuk hari yang ke 9 dalam tahun 2018. Aku pun telah beralih arah dari hisap rokok kepada hisap paip. Maksud aku kat sini ialah paip tembakau. Bukannya paip air atau pun paip besi untuk buat pagar rumah. ...

Read More...

Muzik

Monday Morning Blues

4:34 PM
Hari ini hari Isnin. Hari yang paling sukar untuk bangun pagi untuk ke tempat kerja. Aku pernah merasakan keadaan begini sewaktu kerja makan gaji dahulu, di salah sebuah kilang Jepun yang terletak di Shah Alam. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka. Kemudian pakai uniform kilang. Pekena suria sebatang dalam kereta, dengar radio sinar fm, sambil memandu untuk ke tempat kerja. ...

Read More...

Filem

Jangan Pandang Belakang

5:16 PM
Jangan pandang belakang merupakan sebuah filem seram di Malaysia hasil arahan dari En. Ahmad Idham dan terbitan oleh Mr David Teo. Pierre Andre merupakan pelakon utama dalam filem ini. Digandingkan dengan Intan Ladyana sebagai heroin. ...

Read More...

Personal

Aku Mula Mengatur Langkah

6:04 PM
Setelah kejatuhan demi kejatuhan aku mula mengatur langkah untuk bangkit semula untuk memburu impian yang selama ini terkandas di tengah jalan. Aku tidak pasti jalan yang mana. Yang pastinya bukan lah di Jalan Tun Razak. ...

Read More...

Semasa

Kesulitan Hari Ini Untuk Keselesaan di Masa Hadapan

10:07 AM
Seringkali kita melihat papan tanda "Kesulitan Hari Ini Untuk Keselesaan di Masa Hadapan" di jalan-jalan raya yang sedang dalam pembinaan. ...

Read More...

Semasa

Dilema Turun Naik Harga Minyak Setiap Minggu

12:10 PM
Semalam aku terima mesej mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 3 sendari salah satu group whatsapp. Walaupun sebenarnya lama dah aku tidak hiraukan tentang turun naik harga minyak di pasaran Malaysia mahu pun antarabangsa. Lupa pula nak bagi tau, sudah tentu lah mengenai minyak petrol yang ingin aku tulis kan kat sini. ...

Read More...

Personal

Aku dan Kesuntukan Masa

10:41 AM
Kadang-kadang ada kala dan ada ketika nya dalam kehidupan engkau, masa itu sangat-sangat mencemburui. Walaupan engkau tak pernah bercinta dengan masa itu sendiri. Dan bercinta dengan masa itu pun tidak mungkin akan terjadi dalam kehidupan seseorang. ...

Read More...

Personal

Selamat Datang ke Tahun 2018

9:58 AM
Hari ini tanggal 2 Januari merupakan hari kedua untuk tahun 2018. Hari pertama bagi sesi persekolahan bagi semenanjung. Ada juga yang sudah bermula semalam. Bagi aku, merupakan hari pertama bekerja untuk tahun ini. Walaupun hanya bekerja dari rumah sahaja. Hihi.. Semoga lebih sukses dari tahun 2017. Untuk merealisasikan azam tahun pada tahun 2016 yang mana tertangguh di tahun 2015. ...

Read More...