Aku Seorang Peniaga Online
6:03 PMBekerja dari rumah pada zaman kini sudah menjadi satu trend yang tidak asing lagi di Malaysia.
Dengan kemudahan internet yang ada, ramai rakyat di Malaysia sudah boleh menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah sahaja.
Aku Seorang Peniaga Online
Ebay : Pada tahun 2010, aku bermula dengan konsep bisnes dropship dan pasaran Ebay. Satu-satunya platform yang paling mudah bagi aku, untuk memulakan bisnes online. Di mana laman web Ebay itu sendiri ada berjuta penjual dan pembeli. Dan ada berjuta produk, daripada sekecil-kecil benih pokok sehingga lah ke sebesar-besar rumah banglo. Tidak perlu bersusah payah untuk buat marketing.Etsy : Selepas Ebay, aku mencuba pula di laman web Etsy. Marketplace yang menjual pelbagai jenis kraftangan dari seluruh dunia. Kebanyakannya dijual oleh orang perseorangan. Jodoh aku dengan Etsy tak lama, atas sebab-sebab tertentu akaun aku diberhentikan.
Lelong : Pernah juga aku membuka satu store di laman web Lelong. Dengan bayaran permulaan yang rendah sudah boleh mempunyai laman web jualan sendiri, siap dengan payment gateway. Tapi, aku hanya mampu bertahan selama setahun.
Mudah : Laman web yang paling jarang aku gunakan untuk menjual. Aku guna hanya untuk mengetahui harga pasaran satu-satu barang dan menjual barang terpakai. Seperti contoh kereta dan peralatan rumah. Kali terakhir aku guna adalah untuk menjual speaker yang dah tak digunakan lagi.
Affiliate Marketing : Terus terang aku katakan, bukan mudah untuk menjadi affiliate yang berjaya. Perlu banyak buat kajian dan permintaan pasaran mengikut trend semasa.
Ada banyak lagi platform bisnes online yang lain aku pernah buat. Tapi masih belum nampak lagi hasilnya. Mungkin dalam tahun 2018 ni ada kot.
Untuk menjadi seorang peniaga online, boleh cuba mulakan dengan yang percuma dahulu. Macam sekarang ni mungkin boleh start menjual di Shopee.
0 comments