Lazy Sunday
6:12 PM
Hari ini hari Ahad. Lazy Sunday.
Hari untuk bermalas-malasan kat rumah atau pun bilik. Bangun pagi sekitar pukul
11. Mungkin kepenatan dengan Saturday Night Fever semalam. Yang mana tak sama
dengan Thursday Night.
Terlepas sudah untuk ke pasar
minggu kat Stadium Shah Alam. Orang memang ramai, parking pun susah nak dapat. Kat
sini takde parking jockey, harap maklum.
Minggu lepas dapat juga menyambar sehelai
seluar kotak-kotak dan sebotol madu asli. Jadi lah untuk bekalan.
Kalau tak ke Stadium Shah Alam pun
aku akan ke Naan Corner di Ampang untuk sarapan buffet yang berharga RM5
seorang. Banyak juga jenis makanan kat sini. Kalau pergi lewat boleh dapat tengok
kuali sahaja.
Kedua-dua tempat pun tak dapat nak
pergi hari ni. Rancangan Melodi kat TV3 pun dah terlepas. Apatah lagi cerita
Friday The 13th. Apa ke hal pula aku nak tengok filem Hindustan. Aku pun rasa
malas nak memandu kereta hari ini. Malasnya seperti Monday Morning Blues.
Walaupun aku tak pernah main rentak blues.
So, aku ke Muzium Negara menaiki
MRT untuk lihat Pameran Kartun. Melihat hasil karya kartun anak tempatan yang
lama dan baru. Masuk PERCUMA.
Hari ini kebetulan ada pula Pameran Pop Yeh Yeh di sana. Dapat juga melihat sejarah pop yeh yeh kat Malaysia ni. Siapa tak kenal dengan S.Jibeng, Jefrydin, A.Ramli dan banyak lagi artis pop yeh yeh yang lain. Artis pop yeh yeh ni tak sama dengan artis kpop kay.
Sebelum balik sempat juga beli roti
aiskrim di perkarangan pintu masuk. Kemudian pekena tembakau cap nenas di paip
jagung. Walaupun hari ni bukan Corn Cob Tuesday. Paip jagung sentiasa dibawa ke
mana-mana. Hurmmm… Sedap seperti Wordless Wednesday.
What a lazy Sunday…
0 comments