Perjalanan 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur ke Hatyai Dengan Bas
2:06 PMKuala Lumpur ke Hatyai Dengan Bas. Percutian yang sememangnya takde dalam perancangan aku untuk ke Hatyai. Sememangnya dah lama aku ingin pergi bercuti ke Hatyai. Tapi masih belum pasti ingin pergi naik apa.
Keputusan pergi bercuti ke Hatyai dibuat tanpa hala tuju yang belum pasti. Gamble sahaja bak kata orang Johor. Haha..
Aku pun mula mencari tiket bas untuk ke Hatyai. Zaman sekarang ni memang mudah untuk pergi bercuti. Semuanya booking dengan laman web online. Seperti entry aku yang sebelum ini, booking tiket bas online dengan easybook.com. Senang je kan..
Memandangkan tiket bas yang aku booking untuk ke Hatyai akan bertolak pada pukul 11.59 malam, jadi kami keluar dari rumah pada jam 10 malam dengan menaiki motosikal. "Kami" di sini merujuk kepada aku,wife dan seorang anak yang paling kecil.
Agak skeptikal juga aku dengan parking motosikal di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Takut dengan sistem keselaman yang ada untuk park motor di sana. Tapi apa boleh buat, itu sahaja cara yang paling senang untuk aku ke TBS.
Setelah sampai di parking motosikal di TBS, aku kunci kan motosikal dengan segala jenis kunci yang ada. Kemudian aku pergi ke kaunter tiket untuk mengconfirmkan tiket bas yang aku booking. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Kuala Lumpur ke Hatyai Dengan Bas
Aku menaiki Konsortium Bas Ekspress untuk perjalanan ke Hatyai. Sorry, aku terlupa pula untuk catitkan harga tiket untuk ke Hatyai.Perjalanan mengambil masa kurang lebih 9 jam. Di Imegresen Thailand sahaja dah terbuang hampir selama 1 jam untuk selesaikan urusan passport. Kami sampai di Imegresen Thailand pada pukul 8 pagi. Untuk masuk ke Thailand ni tak perlu susah-susah nak buat visa bagai macam yang pernah aku buat visa untuk ke China dulu.
Setelah selesai urusan di Imegresen Thailand, bas ekspress manyambung semula perjalanan ke Hatyai. Lebih kurang 2 jam dari Danok, sampai lah ke destinasi yang dituju. Hatyai, Thailand.
Bas ekspress berhenti di tengah-tengah Bandar Hatyai atau lebih senang aku kata sekitar Lee Garden Plaza.

Hari Pertama di Hatyai.
Kebetulan pula masa sampai tu, aku tak tahu nak pergi ke mana. Ada seorang mamat ni mengoffer kan diri untuk jadi sebagai tour guide kami selama 1 hari dengan bayaran 1200 baht menaiki kereta. Malas nak banyak cerita aku terima sahaja pelawaan mamat ni.Chang Puak Camp
![]() |
Chang Puak Camp, Thailand |
Songkla Akuarium
Dari Chang Puak Camp, kami dibawa pula ke Songkla Akuarium. Dapat lah tengok kehidupan air di dalam akuarium yang besar. Macam tak pernah tengok pula akuarium yang besar kat Malaysia. Haha..
Apa yang best, ada satu persembahan di dalam akuarium oleh aquaman kat situ. Persembahan yang lebih kurang setengah jam. Dapat membuat kan aku dan keluarga terleka dengan persembahan yang dibuat.
Floating Market
![]() |
Floating Market, Thailand |
![]() |
Floating Market |
Selepas menghabiskan masa di sekitar kawasan Floating Market, kami pulang semula ke hotel di Lee Garden Hotel. Badan pun dah letih. Ambil masa untuk berehat seketika sebelum meneruskan misi di waktu malam.
Asean Night Bazaar
![]() |
Asean Night Bazaar, Thailand |
Asean Night Bazaar ni ada 2 tingkat. Di bahagian bawah ada jual pelbagai jenis cenderamata. Seperti baju, kain, mainan dan macam-macam lagi. Di tingkat atas pula ada food court. Lagi sekali tempat makan yang best kat Hatyai ni.
Untuk balik ke hotel semula pun kami ambil perkhidmatan tuk-tuk. Kali ni berkongsi beramai-ramai bersama pelancong dari Malaysia yang lain.
Hari Kedua di Hatyai
Masa agak terhad untuk hari yang kedua di Hatyai. Checkout hotel pun dah pukul 10 pagi. Kali ni kami tak gunakan perkhidmatan tuk-tuk. Hanya berjalan kaki dengan menggunakan Google Maps.Destinasi pertama kami singgah di Sulaiman Restaurant untuk sarapan pagi. Sulaiman Restaurant ni terletak di sekitar kawasan bandar Hatyai. Jalan kaki dari hotel yang aku duduk mengambil masa lebih kurang 25 minit.
![]() |
Sekitar Lee Garden Hatyai, Thailand |
Takde apa yang best sangat pun di sekitar Bandar Hatyai. Sempat untuk mengambil gambar sekeping dua.
Dalam tak best di sini, dapat juga beli satu beg plastik mangga dengan harga yang sangat-sangat murah. Kat Malaysia memang takkan dapat harga ni.
Dah selesai semua, kami pergi ke Alisan Golden Coach untuk confirmkan tiket pulang ke Kuala Lumpur. Sementara menunggu bas, kami pergi makan tengah hari dahulu di Al Rahman Restaurant yang terletak di sebelah Alisan Golden Coach.
![]() |
Dalam Bas Ekspress Alisan Golden Coach yang selesa |

0 comments