Pertama Kali Kerja Sebagai Tour Guide di Jepun
10:49 AMIni merupakan pengalaman pertama aku kerja sebagai tour guide di Jepun. Baru aku tahu susah senang nya sekarang kerja sebagai tour guide. semuanya aku harus pastikan berjalan dengan lancar mengikut itenerary yang disediakan.
Buat sementara waktu aku terima sahaja job untuk kali ini. memandangkan aku dah lama tidak ke negara matahari terbit. Kalau tak silap, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini pada tahun 2009. Lama tu kan.. Kurang lebih 10 tahun. Termasuk dengan hari cuti umum di Malaysia dan Jepun.
Kerja Sebagai Tour Guide di Jepun
Walaupun aku dah ada pengalaman tinggal di Jepun selama 6 tahun, tetapi teknologi tetap bergerak ke hadapan. Banyak juga perubahan di Jepun selama ketiadaan aku di sana.Untuk trip yang pertama ini aku berpeluang bawa mereka Jalan-Jalan di Tokyo dan Osaka. Di Tokyo selama 4 hari dan di Osaka selama 3 hari.
Ya, Bandaraya Tokyo siapa yang tak kenal, merupakan ibu negara bagi negara matahari terbit iaitu Jepun. Sepertinya Kuala Lumpur ibu negara Malaysia.
Selama ni aku tak pernah tahu berapakah gaji seorang tour guide Malaysia. Dan aku tak pernah pergi mana-mana kursus tour guide. Hanya berbekalkan bahasa Jepun yang aku ada sebelum ni, aku dapat tawaran kerja sebagai tour guide di Jepun.
Nak jadi sebagai tour guide kat Jepun ni bukannye senang. Tambahan pula orang Jepun sendiri tak suka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Satu cabaran untuk mereka yang jadi tour guide di jepun tanpa belajar bahasa Jepun. Aku respek!!

Pengalaman Pertama Kerja Sebagai Tour Guide di Jepun
Pengalaman pertama aku kali ini, customer tiba-tiba sakit kerongkong atau pun gatal di bahagian tekak. Nak di jadikan cerita, ubat yang biasa dimakan, tertinggal di Malaysia.Jadi, aku cuba bantu dengan apa yang sepatutnya. Pertama sekali aku bawa pergi ke klinik berhampiran. Tapi malangnya, rata-rata klinik di sini tidak ambil customer yang tiada insurans kesihatan. Maksud aku insurans yang didaftar di dalam negara Jepun.
![]() |
Pastikan Jadual berjalan lancar |
Akhirnya aku cuba bawa pergi ke farmasi yang berdekatan dengan 'train station'. Melalui penjelasan yang aku terima dari jurujual di situ, ubat yang biasa dimakan tu tidak boleh dijual sembarangan tanpa nasihat doktor. Tetapi, mereka mempunyai ubat yang kurang sikit power. Boleh lah untuk menahan kesakitan selama 3,4 hari. Setel masalah.
Persediaan Untuk Kerja Sebagai Tour Guide di Jepun
Untuk kerja sebagai tour guide di Jepun ni, aku rasa perlu lah siap kan diri dengan kemahiran menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, terutamanya keretapi. Sebab pengangkutan utama di Jepun adalah keretapi. Bukannya kereta mahupun kapal terbang.![]() |
Aplikasi Android untuk pengangkutan awam di Jepun |
![]() |
Sewa Kereta di Jepun |
Jalanraya di Jepun ni sama sahaja dengan Jalanraya di Malaysia, iaitu mempunyai tar yang berwarna hitam. Cuma bila musim sejuk, tar akan bertukar kepada warna putih bagi kawasan yang tertentu. Terutamanya Hokkaido. Pastikan tayar yang digunakan sesuai untuk dibawa dalam keadaan jalan yang bersalji.
Last but not least, untuk jadi tour guide ni memerlukan tahap kesabaran yang amat-amat tinggi. Lebih tinggi Dari Tokyo Tower. Sebab karenah "customer" ni macam-macam yang ada. Hahaha...

0 comments