Melalui entri aku yang lepas, ada 3 cara yang boleh digunakan untuk buat bisnes dropship di Shopee dengan lumayan.
Jadi kat sini aku nak terangkan pula senarai pembekal dropship di Shopee yang aku pernah guna untuk mula berniaga.
Walaupun sudah lama aku tinggalkan dunia bisnes dropship di Ebay, tapi tahun lepas terpaksa juga untuk aku mencuba buat bisnes dropship di Shopee disebabkan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) telah bermula. Dropship kali ini berbeza sikit dengan Ebay. Sebab dropship lokal sahaja di Shopee. Pembekal pun dari Malaysia.






