Senarai Pembekal Droship di Shopee Yang Pernah Aku Guna

10:38 AM

Melalui entri aku yang lepas, ada 3 cara yang boleh digunakan untuk buat bisnes dropship di Shopee dengan lumayan. 

Jadi kat sini aku nak terangkan pula senarai pembekal dropship di Shopee yang aku pernah guna untuk mula berniaga. 

Pembekal Dropship di Shopee

Cara Yang Pertama :  

Untuk cara yang pertama ini aku gunakan Kumoten sebagai pembekal untuk peringkat permulaan. Barang-barang dari Kumoten ada lebih dari 100,000 jenis yang boleh dipilih untuk dimuat naik ke Shopee. 

Cuma masalahnya adalah, shipping mengambil masa yang agak lama. Sebab barang-barang yang ada di Kumoten diimport dari China. Sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sampai ke tangan pembeli. 

Kemudian aku bertukar kepada Savevalue2u sebagai pembekal yang kedua sehingga ke hari ini. Boleh lihat jenis-jenis barang yang ada disediakan untuk dropship dengan melawat ke laman web SaveValue2u. 

Apa yang bagus nya dengan Savevalu2u ialah barang dihantar dari dalam Malaysia terus kepada pembeli. Jadi dapat menjimatkan masa penghantaran. 

Cara Yang Kedua : 

Bagi cara yang kedua pula, iaitu pembekal dari Shopee dan kemudian jual semula di dalam Shopee. Yang ini boleh cari sendiri dalam Shopee. Boleh lihat di bahagian "About Shop" sesebuah kedai. Boleh lihat contoh seperti dalam gambar di bawah. 

Senarai Pembekal Yang Menyediakan Khidmat Dropship di dalam Shopee

Cara Yang Ketiga : 

Boleh ambil pembekal dari cara yang kedua tadi, kemudian masukkan pula ke dalam web e-commerce kita sendiri. Bila ada order dari laman web e-commerce boleh lah buat order di dalam shopee dengan masukkan maklumat pelanggan dengan betul. 

Sebelum ini aku gunakan platform Shopify untuk buat lawan web e-commerce. Ada beberapa lagi jenis platform yang boleh digunakan untuk buat web e-commerce. Seperti woo-commerce, Shoppegram dan juga Easystore

Ada juga beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk mencari pembekal dropship di Malaysia secara online. 

Boleh cari pembekal dropship di Facebook dengan menaip kata kunci "droship" di ruang 'search'. Dan boleh juga membuat pencarian di Google dengan menggunakan kata kunci yang sama.  

Setakat ini sahaja perkongsian aku mengenai senarai pembekal dropship di Shopee. Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya. Majulah Sukan Untuk Negara. 

You Might Also Like

0 comments