Aku Lulus Ujian Adobe Certified Associate (ACA) Photoshop pada Bulan Disember 2020
3:05 PMSelama ini aku tak pernah mengetahui ada nya ujian untuk menilai tahap Photoshop seseorang. Sampai lah ada satu hari tu, aku ternampak iklan yang lalu di wall FB. Sorry tak dapat nak ambil skrin shot iklan tersebut.
Pada mulanya agak sangsi juga untuk isi borang. Mana lah tau kan kot-kot scammer yang ingin mengambil data peribadi. Maklum lah sekarang ini macam-macam jenis scam ada. Haha..
Aku nekad sahaja untuk isi borang dan terus hantar ke pihak yang berwajib. Alhamdulillah, bukan program yang scam.
Program ini sebenarnya ditaja oleh Penjana HRDF. Maksudnya PERCUMA la. Cuma makan dan minum sendiri sebab kursus dijalankan secara atas talian atau pun online di rumah masing-masing.
Kursus ACA Photoshop 2020
Kursus ini diadakan selama seminggu. Iaitu dari hari Isnin sehingga Jumaat. Mula kelas pada 10 pagi sampai 6 petang.
Kalau tak silap aku ada 2 group sahaja yang mengikuti kursus ini pada tahun lepas. Aku termasuk dalam group yang pertama.
Agak bercelaru juga pada hari pertama kursus. Masing-masing baru nak setup gadjet. Bagi aku ini adalah kali pertama mengikuti kursus menggunakan aplikasi ZOOM.
Rasanya tak perlu lah aku bagitahu secara terperinci hari ke hari punya jadual. Cuma nak bagitahu, hari-hari memang ada kerja yang perlu disiapkan. Dah rasa macam kembali ke zaman persekolahan.
Persepsi aku terhadap photoshop selama ini agak berbeza dengan penggunaan sebenar. Selama ini aku hanya menggunakan photoshop bagi pengasingan kaler untuk silkscreen dan juga grafik design.
Penggunaan Photoshop sebenarnya adalah untuk 'photo manipulation' atau pun manipulasi gambar dalam bahasa melayu. Betul ke? :-) . Memang dah tulis pun Photo dan ditambahkan dengan Shop dibelakang.
Untuk kerja grafik sepatutnya boleh dibuat dalam Adobe Illustrator. Aku tak berapa mahir sangat dengan illustrator. Sebelum ni pun kalau ada client bagi gambar atau pun fail, aku akan transfer terus ke Photoshop untuk kerja-kerja edit yang sepatutnya.
Ujian Adobe Certified Associate (ACA) Photoshop
Untuk pengetahuan, ujian ini tidak diadakan pada minggu kursus tersebut. Ia diadakan pada hari yang berlainan. Paling best boleh pilih hari apa yang kita rasa selesa. Macam aku, tak kisah hari apa, janji boleh ambil test.
Aku tak ingat pula berapa lama masa yang diberikan, kalau tak salah masa ujian adalah 60 minit. Ujian dijalan kan secara online menggunakan komputer sendiri.
Ada 2 bahagian, bahagian pertama adalah teori dan bahagian kedua adalah praktikal. Untuk bahagian teori aku tak risau sangat sebab dah buat persediaan yang secukupnya.
Cuma untuk bahagian praktikal, takut tak dapat menepati kehendak soalan. Seperti, layer, layer mask, vector mask, lasso tool, marquee tool dan macam-macam lagi la yang boleh mengkofiuskan.
Markah lulus ujian adalah 700 dan ke atas. Markah penuh 1000.
Alhamdulillah aku lulus ujian ACA photoshop dengan markah 700 something. Tak ingat pulak berapa markah sebenar. Sebab, kita hanya boleh dapat tau markah sejurus lepas ujian diadakan.
Bila dah lulus Adobe akan keluar kan certificate online dahulu. Kemudian baru pihak Certiport akan hantar kan fizikal sijil ke alamat yang diberi seperti contoh dibawah.
Sijil Fizikal ACA Photoshop |
Kenapa Perlu ada Adobe Certified Associate (ACA) Photoshop?
Sijil Online ACA Photoshop |
0 comments