Boleh ke Jalan di Jepun Tanpa Tour Guide

9:53 AM

Jalan di Jepun tanpa tour guide? Zaman sekarang ni ramai orang dari Malaysia yang boleh pergi keluar negara dengan kos yang minima. Semenjak adanya flight tambang Murah dari Air Asia, Everybody Can Fly.
Jadi, ramai lah orang Malaysia yang boleh pergi melancong ke destinasi pilihan masing-masing. Termasuk lah melancong ke negara matahari terbit iaitu Jepun.

Jalan di Jepun Tanpa Tour Guide

Walaupun aku pernah menjadi tour guide di Jepun sebelum ini , tapi rasanya boleh sahaja orang Malaysia untuk pergi melancong ke sini tanpa khidmat tour guide atau pun pemandu pelancong.

Bukan apa, zaman sekarang ni semua maklumat boleh diperoleh dengan hujung jari sahaja. Termasuk lah maklumat pengangkutan awam yang ada di Jepun.

Telah aku katakan sebelum ini, pengangkutan awam yang paling utama di Jepun adalah keretapi. servis perkhidmatan keretapi di sini memang tip top.

Tidak seperti yang ada di salah satu negara tu yang mana kadang-kadang perkhidmatan keretapi boleh tergendala secara tiba-tiba. Walaupun perkhidmatan keretapi itu baru sahaja selesai sesi pelancaran untuk digunakan oleh orang awam. Lupa pula kat negara mana.


Aplikasi Penting Untuk ke Jepun

Aplikasi yang biasa aku gunakan sebelum ini semasa menjadi tour guide adalah Japan Navi Time. Boleh muat turun secara percuma di Google Playstore. Ini bagi pengguna android. Kalau iphone tu aku tak pasti aplikasi apa.

Japan Navi Time App
Japan Navi Time ni memberikan info yang kita perlukan untuk pergi ke satu-satu tempat yang ingin dituju. Seperti masa perjalanan, harga tiket dan juga waktu ketibaan di satu tempat.

Contoh bilik untuk seorang yang aku tempah di laman Web Booking.com
Lagi satu aplikasi yang biasa digunakan untuk seorang tour guide macam aku ni ialah Booking.com. Bukan apa, kadang-kadang terpaksa menempah bilik yang kecil untuk seorang. Takkan aku nak tempah satu homestay di AirBnB. Nak buat apa pulak.

Last sekali kena ada tiket kapal terbang kalau nak melancong ke luar negara. Aku guna aplikasi skyscanner untuk mengetahui tiket kapal terbang mana yang paling murah.

Kalau ada yang rasa nak cuba bawa kereta sewa kat Jepun, boleh buat dulu Permit Memandu Antarabangsa di JPJ berdekatan. Harga kereta sewa kat sini pun agak berpatutan dengan kondisi kereta yang ada. Jangan risau, kebanyakannya kereta sewa di jepun automatik. Dapat lah jalan jauh sikit.

Bagi yang nak jadi personal shopper pula boleh jer cuba datang ke Tokyo dahulu. Nanti bila dah advance boleh explore kat tempat-tempat yang orang lain tak pernah sampai lagi.

Jika masih ada yang ragu-ragu nak pergi seorang diri ke Jepun, terutamanya Osaka boleh cuba dapatkan Nara Cards. 

Secara mudahnya, dengan menggunakan aplikasi android tadi memang boleh kalau nak jalan di Jepun tanpa tour guide. Jiwa kena kental.

You Might Also Like

0 comments