Panduan Mudah Buat Bisnes di Shopee

11:03 AM

panduan Mudah Buat Bisnes di shopee
Jarang sekali aku nak cerita kan pasal bisnes dalam blog aku ni. Sebab dah terlalu ramai sangat blog-blog lain yang cerita tentang bisnes online. Terutamanya cara buat bisnes di Shopee.
Laman web Shopee ni siapa yang tak kenal. Anak aku yang sekolah rendah pun sudah pandai untuk mencari barang yang hendak dibeli di shopee. Inikan pula orang tua yang dah berumur macam makcik sebelah rumah aku.

Panduan Mudah Buat Bisnes di Shopee

Pada aku laman web Shopee ni tak kurang lebih macam zaman aku buat bisnes di Ebay satu ketika dahulu. Aku hanya gunakan konsep dropship masa buat bisnes di laman Web Ebay.

Konsep bisnes dropship sudah makin dikenali pada zaman kini, memandangkan permulaan kos yang agak minima. Tipulah kalau aku kata kan takde kos untuk buat bisnes, walaupun hanya dropship. Kos internet, masa, marketing dan lain-lain lagi.

Berbalik kepada buat bisnes di Shopee.

Cara untuk daftar di laman web Shopee amat mudah. Pergi sahaja ke ruang daftar atau pun register di bahagian atas kanan. Isikan tempat kosong yang disediakan, dan tunggu sahaja arahan dari pihak shopee melalui email.

Daftar Shopee di ruangan atas kanan

Kalau ada juga orang yang masih tidak tahu untuk mendaftar di laman web ni, boleh pm tepi. hahaha.. Bukan apa, kadang-kadang ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan di laman web shopee di zaman sekarang.



Kita rasa mudah, tapi ada juga yang akan merasa amat sukar untuk mendaftar di laman web seperti shopee.

Sebab apa aku kata laman web shopee ni sama seperti laman web eBay dulu, adalah kerana selesai sahaja pendaftaran boleh terus sahaja menjual tanpa perlu untuk mendaftar syarikat di SSM.

Tapi kalau nak lebih teratur, lebih baik daftar perniagaan di SSM terlebih dahulu. Untuk mengelakkan apa-apa kemungkinan buruk yang bakal mendatang. Zaman sekarang ni dah senang, boleh daftar bisnes secara online sahaja.

Untuk menjual di shopee ni, selesai sahaja pendaftaran boleh lah pergi ke ruang jualan. Ruang jualan yang aku maksudkan adalah di bahagian atas kiri "seller centre". Kat ruang ni, boleh lah letakkan apa-apa barang yang hendak dijual.

Bagi akaun baru, boleh menjual sehingga 1000 produk untuk permulaan. Bilangan produk yang ingin disenaraikan di Shopee akan dinaikkan kemudian mengikut prestasi jalan. Selama mencuba !

You Might Also Like

0 comments