Itinerari di Tokyo Jepun Selama 5 Hari

4:13 PM

itinerari di Tokyo Selama 5 hari

Semenjak jadi tour guide Jepun ni, masa aku banyak dihabiskan dengan mencari tempat-tempat pelancongan di sana. Terutamanya di Tokyo dan Osaka.
Mungkin sikit masa lagi aku akan pulang ke kampung halaman yang telah lama ditinggalkan iaitu di Kyushu. Tiket tambang murah ke Fukuoka pun sudah dilancarkan sebelum ni. Hahha..
Tak payah nak sembang lebih, aku terus sahaja kongsikan itinerari di Tokyo untuk 5 hari.

Itinerari di Tokyo Selama 5 hari. 

Hari Pertama ( Narita Airport) : 

Hari pertama ni aku rasa santai-santai sahaja dahulu. Rileks kan badan lepas penat naik flight. Jauh kot. Tambah pula cuaca tak sama dengan Malaysia.

Actually aku dah sampai dahulu di Tokyo 2 hari sebelum customer aku sampai di Narita Airport.

Aku tunggu di Narita Airport pada jam lebih kurang 8 malam. Tetapi maklum sahaja lah dengan imegeresn di Jepun. Strict sikit dengan bab makanan.

Aku terlupa pula barang apa yang dirampas dari customer.

Sampai sahaja muka customer aku tengok pun dah nampak macam penat je. Jadi aku bawa pergi makan Kedai kari Halal di Narita Airport. Borak-borak sikit pasal flight, cuaca dan macam-macam lagi.

Aku cakap hari ni takde ke mana-mana. Semua pun penat. Santai jer. Cuma aku yang tak santai. Haha..

Aku kena buat diorang punya JR Wide Pass untuk 3 hari. Pass ni bayar sekali sahaja dan boleh digunakan banyak kali dalam masa 3 hari untuk ke Mana-Mana dalam Jepun menggunakan JR Line. Jimat dah dari segi kos pengangkutan kat situ. Cuma Mungkin penat sikit, sebab kena tukar train.

Dah setel semua aku bawa diorang pergi ke apartment yang disewa. Jarak perjalanan mengambil masa kurang lebih 1 jam.


Hari Kedua ( Gala Yuzawa, Ueno & Akihabara ): 

Hari Kedua ni sepatutnya kena bergerak awal pagi sebab nak pergi ke Gala Yuzawa yang mengambil masa kurang lebih 2 jam menaiki train. Tapi disebabkan masing-masing kepenatan, terpaksa bergerak selepas semua sudah sedia. Seingat aku dalam pukul 10 juga baru bergerak dari apartment.

Gala Yuzawa ni terletak di Niigata Prefecture. Tempat ni adalah untuk sukan ais pada musim salji. Seperti main snowboard atau pun ski. Ada juga disediakan untuk kanak-kanak main salji.

Main Salji di Gala Yuzawa
Kebetulan masa sampai di sini, salji turun dengan lebat. Memang suka sangat diorang. Aku tak suka sangat sebab tak boleh nak main snowboard. Hahaha...

Depan pintu masuk Gala Yuzawa
Lepas habis main salji semua, kit orang bergerak semula ke Tokyo. Oleh kerana lambat keluar pagi tadi, terpaksa skip jadual ke Ueno. Teruskan ke Akihabara.

Akihabara ni pula memang tempat favourite aku satu ketika dahulu. Bandar elektronik yang terbesar di Jepun. Kat sini macam-macam ada. Bagi yang minat dengan barang-barang elektronik seperti kamera, jam tangan, audio sistem, kad game dan macam-macam lagi ada.

Nak rasa main game arcade yang takde kat Malaysia pun boleh kat sini. Ramai juga personal shopper yang jadikan Akihabara sebagai lubuk mencari barang-barang mereka.

Hari Ketiga ( Asakusa, Odaiba & Shibuya ) : 

Asakusa Tokyo
Untuk hari ketiga ni, aku bawa customer berjalan di Asakusa. Asakusa ni tempat kuil-kuil lama yang terletak di Tokyo. Banyak menghabiskan masa dengan berjalan dan ambil gambar sahaja di sini. Sambil-sambil beli hadiah untuk kawan-kawan agaknya.

Restoran Halal di Asakusa
Lepas tu perut pun dah lapar, aku bawa diorang pergi makan di kawasan yang  berhampiran. Sepatut nya Kalau ikut itinerary aku kena  bawa pergi makan kebab, tapi diorang nak cuba dengan gerai sushi yang baru sahaja di buka dan mendapat status halal. No problem.

Diver City Plaza di Odaiba Tokyo
Dah selesai semua makan tengah hari, tiba masa untuk berangkat ke Odaiba. Dekat Odaiba ni, masa zaman aku dulu, banyak pergi dekat kawasan Fuji Television. Trip ini, aku ikut kehendak customer, kitorang terus ke pergi ke Diver City. Tempat di mana terletaknya Statue Gundam di Tokyo.

Statue Gundam di Diver City Plaza Tokyo
Dekat sini sahaja dah nak dekat 2 jam. So, masa untuk pergi Jalan-jalan ke Shibuya nak tengok orang Jepun melintas jalan dah tak sempat. Lagipun masing-masing dah sakit kaki.  Terus sahaja bergerak pulang ke apartment untuk berehat.

Hari Keempat ( Sekitar Kawasan Gunung Fuji ) : 

Hari ini istimewa sikit, sebab pergi ke kawasan sekitar Gunung Fuji naik kereta. Seperti yang aku bagi tahu sebelum ni, nak sewa kereta kat Jepun kena ada Permit Memandu Antarabangsa, kalau dalam bahasa omputihnya International Driving License.

Jadi, aku minta semua orang untuk bersiap terlebih dahulu, sebab kalau aku pergi sewa awal, nanti semua tak siap. Akan rugi dari segi masa. Bila semua dah ready, aku pergi untuk mencari kereta sewa di kawasan Ueno station. Aku dah tersilap kat sini, sepatutnya aku pergi sewa di Yaesu Guchi (24 hours). Sebab kat Ueno Station ni, dah tak buat 24 jam.

Bergambar di Saito Iyashi No Sato
Kurang lebih 3 jam juga untuk sampai ke kawasan Gunung Fuji. 1st sekali aku bawa pergi ke Kawasan perkampungan lama iaitu Saiko Iyashi No Sato.

Mt Fuji Panoramic Ropeway
Kemudian aku bawa naik kereta kabel di Mt Fuji Panoramic Ropeway untuk sampai ke puncak dan kawasan Lake Kawaguchi.

Lepas habis sekitar sini, sepatutnya bawa makan di restoran halal, tetapi tutup pula pada hari tu. So, kami teruskan sahaja menuju ke Gotemba Premium Outlet.

Gotemba Premium Outlet
Gotemba Premium Outlet ni agak luas dan selesa. Besar 2 kali ganda dari Mitsui Outlet di Sepang, Malaysia. Nak beli barang kat sini, pada aku biar lah beli barang yang takde dijual di Malaysia. Kalau nak beli barang yang sama tapi harga yang berbeza baik beli sahaja di Malaysia.

Hari Kelima ( Tokyo Disneyland ) : 

Ok, dah sampai hari kelima pun. Panjang juga aku tulis kali ni. Sebab ada banyak tempat yang pergi ye dak? haha..

Pintu Masuk Tokyo Disneyland
Hari ni memang santai untuk aku sebenarnya. Sebab tugas aku hanya bawa customer sampai ke pintu masuk Tokyo Disneyland sahaja. Diorang tanya juga aku tak nak masuk ke? Soalan cepu emas Bagi aku. Aku cakap, dah muak nak masuk Tokyo Disneyland.Kahkahkah...

Mana tak nya, sepanjang 6 tahun aku tinggal di Jepun, lebih 2,3 kali aku dah masuk. Kalau aku nak pergi pun,mungkin ke Universal Studio Japan. Yang ni memang aku tak pernah masuk. Sebab masa study dulu, USJ ni baru sahaja siap. Nak pergi pun asik bertangguh je.

So, habis lah itinerari di Tokyo Selama 5 hari ni. Esok akan bersambung pula dengan Itinerari di Osaka Selama 3 hari.

 

You Might Also Like

0 comments