Buat Permit Memandu Antarabangsa Di UTC Pudu Sentral
8:19 AMSelepas sahaja aku pulang berjalan dari Dalian China, atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa buat permit memandu antarabangsa atau International Driving Permit ( IDP ). Masuk ni kali kedua aku buat permit memandu antarabangsa. Kali pertama aku buat IDP ni pada tahun 2000.
Permit Memandu Antarabangsa
Seingat aku boleh buat permit ni dekat mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan dengan rumah. Kalau nak ikutkan JPJ cawangan Bangi paling dekat dengan kawasan rumah aku.Sebelum ni aku pernah berurusan di JPJ cawangan Bangi untuk tukar hak milik motosikal lama. Yang menjadi masalahnya, terlampau ramai manusia di JPJ Bangi.
Jadi, kerana malas nak membuang masa terlampau lama di Bangi, lebih baik aku ke UTC berhampiran. Antara KL dan Seremban, aku pilih UTC Pudu Sentral.
Oleh kerana aku lupa cara-cara nak buat permit memandu antarabangsa ni, tanpa segan silu aku tanya dekat mamat yang jaga angka giliran. Dia terus sahaja bagi borang JPJ L1 dan suruh aku isikan tempat kosong dalam borang tu.
Borang JPJ L1 |
1. Lesen asal pemohon
2. Fotostat Mykad pemohon
3. Gambar Passport berlatar belakang putih
4. Fotostat lesen asal pemohon
Kalau nak suruh orang lain buat kan pun boleh. Kena ada fotostat mykad wakil dan surat kebenaran wakil pembawa dokumen.
Menurut dari laman web JPJ kelayakan bagi pemohon IDP:
a. Memiliki lesen memandu yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun
b. Pemilik tidak disenaraihitam
c. Tempoh IDP adalah selama 1 tahun sahaja.
Dah siap isi borang, tunggu sahaja angka giliran di panggil. Tak perlu nak tunggu lama sangat kat sini. Dalam 10 minit angka giliran sampai, serahkan semua dokumen tadi dan juga duit RM150. Separuh dari harga aku buat visa China sebelum ni.
Permit Memandu Antarabangsa |
0 comments