Jalan-jalan di Dalian City of Romance

5:22 PM

Dengan cuaca yang agak sejuk , agak menyukarkan untuk aku keluar jalan-jalan di Dalian. Lebih banyak berjalan di dalam shopping mall. Suhu musim sejuk di sini -8 celcius.

Untuk permulaan, aku terpaksa mencari baju sejuk dahulu. Bekalan baju sejuk yang aku bawa tak sesuai dengan cuaca di sini.

Aku lebih banyak menggunakan pengangkutan awam. Lebih senang dan murah. Nak memandu pun tak berapa nak faham dengan kereta 'left hand drive'. Tengok sahaja pun dah nak pening kepala.

Dalian Metro

Peta Dalian Metro
Menggunakan Dalian Metro lebih kurang sama sahaja dengan menggunakan perkhidmatan MRT di Malaysia. Bahasa sahaja yang berlainan. Cuma ada pemeriksaan bagasi di setiap pintu masuk subway.

Peta Dalian Metro Line 2
Aku lebih banyak menggunakan Dalian Metro line 2. So, tempat-tempat lain tak sempat nak explore dengan keadaan cuaca yang tak berapa sesuai untuk berjalan di kawasan luar.

So, seperti aku mention sebelum ni, terpaksa mencari kedai yang menjual baju sejuk dahulu. Memang tak tahan beb.

Victory Plaza Dalian

Victory Plaza Dalian
Aku ke Victory Plaza untuk membeli baju sejuk. Untuk ke Victory Plaza, kena turun di Youhau Square. Nak cari baju sejuk ni pun tak perlu mengambil masa yang lama. Jumpa dengan satu kedai ni. Harga yang dijual pun agak murah. Terus sambar.

Barang-barang lain seperti kasut,beg,aksesori wanita pun banyak dijual di Victory Plaza ni.

Dari Youhau Square aku ke Zhongshan Square pula. Memang ada banyak jenis square kat Dalian. Ada lebih 50 square yang ada di sini menurut laman web China. Yang aku sempat singgah cuma 3 sahaja. Youhau, Zhongshan dan Gangwan Square. Lagi pun sebab ketiga-tiga tempat ni memang berdekatan antara satu sama lain.

Friendship Mall Dalian

Di Zhongshan Square ni, aku masuk ke Friendship Mall. Memang "friendship" sangat harga dia. Haha..

Rata-rata barang yang dijual di Friendship Mall ni semuanya high end product. Nak cuci mata boleh lah singgah sini. Sambil memanaskan badan kat dalam mall. Lepas tu boleh singgah minum kopi di Starbucks.

Oleh kerana harga kat sini "berpatutan" sangat-sangat, jadi tak sempat aku nak ambil gambar.

Dalian Mosque

Masjid Dalian
Masjid Dalian adalah satu-satu nya masjid yang ada di kawasan ni. Sempat juga aku singgah solat sebentar di Masjid Dalian.

Walaupun struktur bangunan yang agak pelik dari biasa yang kita lihat di Malaysia, ruang solat yang disediakan agak selesa untuk pengunjung yang ingin singgah solat. Sorry lupa nak ambil gambar ruang solat.

Russian Style Street Dalian

Russian Style Street Dalian
Apa yang best dekat Russian Style Street Dalian? Kat sini boleh lihat struktur binaan bangunan seperti di Russia dan juga deretan gerai-gerai cenderamata Russia.

Rokok yang dijual dalam tin 
Coklat Russia
Sempat juga aku beli sedikit cenderamata kat sini. Aku beli coklat dan beberapa tin rokok dari Russia. Itu pun sebab tak banyak masa yang aku habiskan di Russian Street ni. Agak rasa sedikit tak selesa dengan peniaga-peniaga yang berniaga di sini.

Restoran Halal di Dalian

Sepanjang aku di sini, sempat juga merasa makan makanan halal di 2 restoran ni.

1. Berhampiran Dalian Mosque

Restoran Halal berdekatan Masjid Dalian
Sorry lagi sekali, restoran ni aku tak boleh nak ingat namanya. Cuma yang aku ingat restoran ni paling dekat dengan Masjid Dalian. Kebanyakan menu adalah mi tarik.

Menu halal di restoran

2. Muslim Mutton Soup House

Restoran ni bersebelahan dengan Shuangxing Commodity City. Boleh dikatakan dekat juga dengan Russian Style Street.

Peta Lokasi Muslim Mutton Soup House
Muslim Mutton Soup House
Mula-mula agak konfius nak masuk ke sini. Tiba-tiba aunti ni muncul kat depan pintu kedai. Dia kenal agaknya pelancong muslim macam aku ni. So, dia ajak masuk ke kedai.

Gambar dalam restoran muslim mutton soup house
Menu yang ada kat kedai ni boleh tengok yang ada dekat tepi dinding. Tunjuk sahaja mana yang berkenan nak di makan.

Smoke after lunch
Paling best kat kedai ni boleh hisap rokok sesuka hati. Hahaha..

Actually, banyak lagi tempat-tempat menarik di Dalian ni, cuma tu la.. seperti yang aku katakan di awal tadi. Cuaca sejuk membantutkan perjalanan untuk berjalan.

Ok. Nanti sambung pulak cerita aku jalan-jalan di Dalian City of Romance di Shopping Kompleks Terbesar Dalian.

You Might Also Like

0 comments