Parking Motosikal Di Terminal Bersepadu Selatan TBS
5:21 PMAku rasa ramai yang masih tidak tahu yang parking motosikal di Terminal Bersepadu Selatan TBS adalah PERCUMA. Parking motor kat sini tak sama dengan parking motor di KLIA atau KLIA 2. Bayaran untuk parking motor di KLIA adalah sebanyak RM1 per entry dan KLIA 2 adalah mengikut jumlah hari parking.
Parking Motosikal di Terminal Bersepadu Selatan TBS
Parking motor TBS terletak berhampiran dengan ERL ke KLIA. Masa mula-mula aku sampai di sini, memang banyak sungguh kotak parking yang disediakan. Ada juga motor-motor yang tak diambil oleh owner. Tersadai sahaja seperti barang yang boleh dijual timbang kilo.Sebahagian motosikal yang tersadai di TBS : Sumber Google |
Memang mudah sahaja untuk sampai ke parking motor di TBS. Ada signboard motosikal/teksi yang menunjukkan untuk ke kawasan parking. Iaitu sama dengan laluan teksi di bahagian bawah Terminal Bersepadu Selatan.
Parking motosikal kat sini memang sesuai sangat untuk sesiapa yang berhajat untuk tinggal motor dan naik bas di TBS. Sama ada untuk naik bas ke utara, selatan, timur mahupun barat. Boleh booking tiket bas secara online je sekarang ni.
Buat masa ni, parking motosikal di Terminal Bersepadu Selatan TBS masih lagi percuma. Sebarang perubahan mungkin ada untuk di masa hadapan.

0 comments