Dekat Mana Nak Cari Parking Motosikal di KLIA
6:46 PMMemang menjadi persoalan bagi aku selama ini, dekat mana nak cari parking motosikal di KLIA. Mungkin ada yang dah tahu atau pun saja-saja buat-buat tahu. Aku pun tak tahu. Sebab nya dah puas aku mencari di Google tak jumpa kat mana nak parking motosikal di KLIA ni.
Kalau di KLIA 2 memang ada jawapannya di Google. Boleh lihat kat SINI. Masalahnya sekarang adalah parking motosikal di KLIA.
Kebetulan pulak pagi Jumaat aku ada menghantar orang di Pelepasan Antarabangsa. Boleh tengok-tengok dulu kat mana nak parking motosikal kat sini.
Puas juga aku pusing di kawasan KLIA, tetapi tak jumpa pula kat mana nak parking motor. Aku cuma nampak kelompok motosikal yang parking dekat kawasan ketibaan. Jadi, aku pun parking lah sementara dekat situ.
Motosikal Di Rantai di KLIA
Selepas selesai urusan aku menghantar orang di KLIA, aku pun bergegas ke parking motosikal tadi. Hah..Sekali motosikal aku kena rantai pula dengan pihak Malaysia Airport. Hahaha.. Padan dengan muka aku.
Notis Motosikal Di Rantai |
Motosikal Kena Rantai Dengan Pihak Malaysia Airport |
Tanpa buang masa aku pergi bahagian Carpark Management iaitu di blok C Ground Floor. Jauh pulak tu nak ke sana. Menapak lebih kurang 15 minit juga baru sampai.
Carpark Management ni agak tersorok sedikit dari kawasan sekeliling. Terletak berhampiran dengan kawasan bas-bas ekspress.
Borang Clamping Kenderaan |
Resit Clamping Parking di KLIA |
Parking Motosikal di KLIA
Memandangkan aku pun tak tahu kat mana nak parking motor ni sebenarnya. Jadi, aku pun tanya dekat mamat yang berurusan dengan aku.Melalui penjelasan dari dia, aku boleh agak dah dekat mana nak parking motor ni. Iaitu di Blok A, Ground Floor.
So, senang lah nanti aku nak parking motosikal di KLIA. Selama ni aku pergi dengan kereta sahaja. Memang tak tahu ada parking motosikal kat KLIA. Seriously tak tahu.
0 comments