Terpaksa Buat Visa China URGENT Siap Dalam Masa 2 Hari
6:45 PMMinggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk bagi diri aku. Mana tak nya, aku kena buat visa untuk ke China dalam masa 2 hari. Mula-mula agak kurang yakin juga sebab takut tak sempat nak dapat visa walaupun tiket kapal terbang aku dah tempah pada hari Rabu.
Buat Visa China URGENT
Memang leceh juga sebenarnya nak isi borang visa untuk ke China. Banyak betul tempat kosong yang nak diisi. Kalau tak percaya boleh cuba download borang visa ke China kat SINI. Haha..Sampai kan ada rasa nak suruh orang buat kan sahaja visa aku ni. Kalau cari kat google memang ada orang yang buatkan servis permohonan visa ke China. Macam yang ada kat SINI. Tapi aku nak buat visa dengan segera, so tak jadi nak guna servis mamat ni. Terpaksa juga buat sendiri.
Sebelum pergi buat visa China, lebih baik check dulu semua dokumen penting yang diperlukan. Supaya nanti takde lah tergesa-gesa nak isi borang kat sana nanti.
Dokumen Penting untuk Visa China
- Visa Application Form ( boleh download SINI )- 2 Keping Gambar Ukuran Passport ( Background putih)
- Passport Asal
- Salinan passport
- Salinan tiket flight
- Salinan Hotel
Lokasi Hampshire Place |
So, bila dah complete semua dokumen penting barulah boleh ke tempat permohonan visa China yang terletak di Hampshire Place. Alamat penuh seperti di bawah :
Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection)
Hampshire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Monday ~ Friday (9 a.m ~ 3 p.m)
Masa yang aku ada agak terhad, so macam biasalah aku ke sana dengan menaiki motosikal. Parking motor di depan bangunan Megan Avenue, kemudian jalan kaki ke Hampshire Place. Kalau naik pengangkutan awam, boleh naik LRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.
Sebelum tu, boleh juga buat appointment terlebih dahulu untuk buat Visa China urgent ni. Aku dah cuba untuk buat appointment, tapi malang sekali dah fully booked masa tu.
Terpaksa lah aku beratur seperti biasa untuk buat permohonan bisa. Kebetulan masa aku pergi tu takde ramai sangat orang yang buat visa ke China. Mungkin pagi lagi agaknya. Lagipun baru lepas hujan.
Jenis Visa China
Jenis visa ni terbahagi kepada 4:1. Single entry ( Masuk ke China sekali sahaja dalam tempoh 3 bulan)
2. Double Entry ( 2 kali masuk dalam tempoh 6 bulan )
3. Multiple Entries ( Keluar masuk sukahati dalam tempoh 6 bulan )
4. Multiple Entries ( Keluar masuk sukahati dalam tempoh 12 bulan )
Aku ambil yang single entry sahaja. Nak buat apa pun keluar masuk China banyak kali. Bukan nak buat bisnes dari China. Kalau rasa nak buat bisnes nanti boleh lah aku cuba multiple entries pulak. Kali ni aku pergi memang sahaja-sahaja. Kahkahkah...
Harga Visa China
Jadual Harga untuk buat visa ke China |
Hari Rabu sediakan dokumen. Pagi Khamis pergi buat Visa di Hampshire Place. Petang Jumaat boleh ambil dah. Ni pun mamat yang kat kaunter yang bagitahu suruh datang petang jumaat. Masa dari pukul 3 ~ 4 p.m. So, ada masa selama sejam sahaja untuk ambil visa.
Visa China yang dah siap |
Lain kali boleh cuba buat visa untuk ke negara yang lain pula. Harap-harap lah kan.
0 comments