Menang Tender Lelongan Barang Kemas Ar Rahnu Xchange

9:27 AM


Macam tak percaya dan tak ku duga pulak boleh menang tender lelongan barang kemas ar rahnu yang aku hantar minggu lepas. Ingatkan dah tak dapat sebab mengikut adik manis yang kat kaunter tu cakap, result keluar hari Isnin atau Selasa. Tak sangka pulak hari Jumaat dia call.

Menang Tender Lelongan Barang Kemas Ar Rahnu

Patutlah banyak betul missed call yang masuk kat dalam handphone aku hari ini. Memang sudah jadi kebiasaan aku, tidak menjawab nombor yang tidak dikenali atau pun yang tiada dalam simpanan.

Dengan zaman teknologi serba moden dan sofistikated ni, macam-macam orang boleh buat dengan no telefon. Walaupun berbeza sikit dengan santau dan pukau.

Tapi, sekurang-kurangnya orang yang call aku tu, whatsapp dan bagi gambar menang tender lelongan barang kemas.

Ambil Barang Kemas Lelong di Ar Rahnu

Sampai sahaja di Ar Rahnu, ambil no giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil. Bukan nama kay. 
Surat Tawaran Tender Lelongan
Gambar ini menunjukkan surat tawaran tender lelongan barang kemas. Surat ni perlu dibawa semasa mengambil barang kemas lelong dan valid dalam masa 7 hari sahaja. 

Surat Pengakuan Terima Barang Lelongan
Prosedur yang biasa untuk mengambil barang kemas di ar rahnu. Ada banyak borang yang hendak di sain. 

Actually tak banyak pun. Cuma 2 helai sahaja. Sebab aku menang 2 jenis barang. Iaitu 2 bentuk cincin emas. Kalau sepuluh barang yang menang, maknanya ada sepuluh lah borang yang hendak di sain. :-) 

Ingatkan aku nak masuk kan balik cincin ni ke dalam ar rahnu. Tapi, buat sementara waktu, aku rasa baik simpan dahulu kat rumah. Takde duit nanti baru masuk balik ke sini. Haha.. 

Sampai hari ini pun aku masih tak percaya lagi yang aku boleh menang tender lelongan barang kemas Ar Rahnu. Sudah semestinya aku akan mencuba lagi kalau ada peluang di masa akan datang. Huhu..

You Might Also Like

0 comments