Pelancaran Laluan Baharu Air Asia X Dari Kuala Lumpur ke Fukuoka Jepun

10:02 AM

Minggu lepas, Air Asia X melancarkan laluan baharu mereka dari Kuala Lumpur ke Jepun, iaitu Fukuoka. Merupakan destinasi yang ke-5 bagi Air Asia X ke Jepun.

Pelancaran laluan baharu ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun menerusi pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan tempatan.

Harga Tiket Flight Kuala Lumpur-Fukuoka

Harga tiket kapal terbang bersempena pelancaran ini, adalah bermula dari RM199* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM799* bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Tempahan tiket kapal terbang di laman AirAsia.com, bermula 30 November hingga 9 Disember 2018 bagi perjalanan antara 28 Februari 2019 hingga 28 Oktober 2019. Perkhidmatan ini dijangka beroperasi sebanyak 4 kali seminggu bermula dari 28 Februari 2019.

Macam mana nak dapatkan harga tiket flight RM199 ke Fukuoka? Hurmm... Aku sendiri pun tak tau macam mana nak dapatkan harga tu. Boleh cuba lihat di laman web Air Asia. Sorry.. sebab aku tak ada pengalaman naik Air Asia. Belum ada rezeki lagi kot nak merasa naik kapal terbang tambang murah.

Memang dah lama aku nantikan flight air asia dari Kuala Lumpur ke Fukuoka. Sebab Fukuoka adalah airport yang pertama aku jejak di luar negara. Banyak memori yang aku takleh lupa kat sini. Semuanya memori yang "manis-manis" sahaja.

Baru ada semangat semula untuk aku kembali ke kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Rasanya dah boleh aku buat planning ke Pulau Kyushu tahun depan dengan pelancaran laluan baharu Air Asia X dari Kuala Lumpur ke Fukuoka Jepun.

You Might Also Like

0 comments