Hari Minggu Mandi di Kolam Renang Putrajaya Presint 6

11:51 AM


Di hujung hujung minggu macam ni, lebih indah hidup rasanya kalau dapat luangkan masa yang berkualiti dengan insan-insan yang tersayang. Aku cuba dengan membawa anak-anak mandi di kolam renang Putrajaya Presint 6. 

Kolam Renang Putrajaya Presint 6

Jarak perjalanan dari rumah aku iaiti dari Kajang ke Putrajaya mengambil masa kurang lebih 34 minit dengan menaiki kereta. Kalau berjalan kaki pula, boleh sampai ke sini dalam masa 5 jam 36 minit.

Terer tak. Macam mana aku boleh tahu? Cuba tengok gambar kat bawah ni.

Masa perjalanan dengan berjalan kaki dari Kajang ke Putrajaya
Dengan ada nya aplikasi Google Maps ni, dapat memudah kan aku untuk merancang perjalanan. Boleh pilih sama ada dengan menaiki kereta, motosikal, keretapi, berjalan kaki atau pun dengan menaiki grab.

Waktu Operasi Kolam Renang Putrajaya Presint 6 
Waktu operasi kolam renang di sini terbahagi kepada 4 sesi.

1. Morning  : 9:00 A.M ~ 11:45 A.M
2. Session 1 : 12:30 P.M ~ 03:15 P.M
3. Session 2 : 04:00 P.M ~ 06:45 P.M
4. Session 3 : 07:30 P.M ~ 09:45 P.M

Kali ni aku pergi masuk session yang ke 2.

Harga Tiket nak masuk ke sini memang murah. Berbaloi dengan fasiliti yang disediakan. Walaupun ramai yang datang ke sini di hujung minggu, keadaan masih dalah keadaan terkawal.

Harga Tiket Dewasa : RM3.00
Harga Tiket Kanak-kanak : RM2.00

Boleh juga menyewa loker yang berharga RM1.00. Rasanya tak perlu pun untuk menyewa loker.

Parking kereta kat sini PERCUMA. Boleh parking kat kawasan parking yang disediakan. Cuma jangan parking berdekatan dengan tasik, ditakuti naga kepala 7 keluar secara tiba-tiba.

Pastikan pakai wristband sebelum masuk
Sebelum masuk ke kawasan kolam renang, pastikan pakai wristband di tangan. Sama ada kiri atau pun kanan. Leher atau pergelangan kaki dilarang sama sekali.

Wristband ni akan dapat setelah membuat pembayaran di kaunter tiket. Kalau di kaunter jual air, akan dapat air untuk menghilangkan dahaga.

Peraturan Pakaian Renang

Peraturan Pakain Renang Kolam Renang Putarajaya Presint 6 
Sebelum nak berenang tu, pastikan mematuhi peraturan pakaian renang di sini. Tolong jangan pakai kain pelekat atau kain batik mandi kat sini.

Terma & Syarat
- Penggunaan kolam renang adalah tanggungjawab sendiri.
- Ikut arahan penyelamat setiap masa
- Makanan,minuman dan merokok tidak dibenarkan di kawasan kolam renang
- Kanak-kanak wajib diiringi oleh orang dewasa pada setiap masa.
- Tidak dibenarkan berlari, tolak menolak dan menggunakan kata-kata kesat atau lucah
- Bayi dan kanak-kanak tidak dibenarkan memakai lampin apabila menggunakan kolam
- Tidak dibenarkan terjun junam
- Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan
- Pihak pengurusan berhak untuk menafikan penggunaan kolam renang kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Ada 3 jenis kolam renang di sini. 1 Dewasa dan 2 untuk kanak-kanak.

Kolam renang dewasa
Kolam Renang Kanak-kanak 1
Kolam Renang Kanak-kanak 2 
Aku banyak menghabiskan masa di kolam renang kanak-kanak sahaja. Untuk mengawasi mereka daripada melakukan aksi-aksi yang terlarang.


Review Kolam Renang Putrajaya Presint 6 

Setakat ni aku rasa tempat ni boleh dijadikan alternatif aktiviti hujung minggu bagi yang berkeluarga. Yang couple-couple pun ada juga menghabiskan masa kat sini.

Cuma kawasan kolam renang ni tak berbumbung. Bila hujan lebat melanda, kawasan kolam renang ni terpaksa ditutup kalau tak silap. Kalau silap tu, I'm Sorry..

Kawasan yang agak jauh dari kebisingan bunyi-bunyi ekzos kereta atau motor yang tak berapa sedap didengar oleh telinga.

Itu sahaja review dari aku yang bawa keluarga cuti hari minggu mandi di kolam renang Putrajaya Presint 6.

 

You Might Also Like

0 comments