10000 km Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection Review

4:54 PM


Sedar tak sedar motosikal yang baru sahaja aku beli pada awal tahun 2018 sudah mencecah jarak perjalanan sebanyak 10,000 km. Sebelum ni aku guna motosikal ni untuk kegunaan harian biasa. Jarak perjalanan yang memakan masa tak sampai 7 minit.

Semenjak 2, 3 menjak ni aku ulang alik 100km perjalanan sehari untuk ke tempat kerja sementara. Membuatkan tidak sedar jarak perjalanan motosikal sudah cecah 10,000 km.

Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection Review

Sepanjang aku menggunakan motosikal ini sehingga 10,000 km tidak mempunyai sebarang masalah teknikal. Kecuali, tayar terkena paku tu dah biasa. Pergi kedai motor, tampal tayar yang bocor, kena lah RM6.

Kelebihan Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection

Dari segi pick up, motosikal aku masih lagi berfungsi dengan cemerlang. Gear dua boleh terangkat lagi tayar depan. Haha..

Brake pad masih lagi yang asal keluar dari kilang. Belum pernah tukar. Walaupun, aku selalu juga pakai brake hadapan. Cuma belum sampai lagi terangkat tayar belakang.

Setakat hari ini di saat ini, top speed motosikal baru aku ni boleh dapat dalam 110km/h. Itupun jalan turun bukit. Kalau jalan rata 100km/h. Bagi aku oklah untuk kapcai yang mempunyai 115cc.

Masih belum ada sebarang modifikasi yang buat pada motosikal ini. Semua masih dalam keadaan standard keluar kilang. Kalau ada pun mungkin tahun hadapan. Hihi..

Fuel consumption setakat ini masih lagi seperti masa mula-mula keluar kedai. Aku tak berapa pandai sangat dalam bab matematik ni, senang cakap, aku isi RM7 Ron 97 boleh dapat jarak perjalanan melebihi 100km.


Masalah Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection

Masalah dengan motosikal ni aku rasa mungkin cuma terjadi dekat aku sorang sahaja. Pernah sekali skru tongkat longgar dan macam nak tercabut. Aku terpaksa menggunakan stand kaki di bahagian belakang semasa menunggang.

Tempat duduk motosikal aku di bahagian belakang, ada sedikit yang tercabut. Mungkin sebab penggunaan stapler untuk melapik bahagian tempat duduk.

Dah lah, malas aku nak cerita panjang-panjang pasal Yamaha Lagenda 115z Fuel Injection Review ni. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh lah cuba bawa rakan-rakan punya dahulu. Lain padang lain belalang. Tepuk dada tanya selera.

Majulah Sukan Permotoran Untuk Negara 

You Might Also Like

0 comments