Servis Pertama Motosikal Baru Yamaha Lagenda 115Z

7:30 PM


Hari ni genap sebulan aku menggunakan motosikal baru. Jangka masa yang agak lama juga bagi aku untuk menyampaikan kepada 1000 km penggunaan. Bukannya jalan jauh sangat, hanya sekitar pekan Kajang.

Servis Pertama Motosikal Baru Yamaha Lagenda 115Z

Secara umumnya semua orang tahu yang motosikal baru mesti dihantar servis setelah jarak penggunaan sampai kepada 1000 km. Boleh tengok di odometer motosikal untuk kepastian jarak penggunaan.

Bagi pembeli motor baru macam aku ni, boleh dapat servis pertama dan kedua secara PERCUMA. Ini mengikut kupon servis yang aku dapat. Tapi, minyak hitam dan oil cleaner kena bayar sendiri.

Jadi, setelah bersarapan pagi dengan nasi lemak dan kopi O di kedai Kak Siti, aku terus ke kedai servis motosikal yang terletak di Jalan Ipoh. Dimana tempat aku membelinya. Jauh. Memang jauh. Sejauh mata memandang.

Perjalanan pagi aku mengambil masa kurang lebih setengah jam untuk sampai ke kedai motor. Walaupun di tangan aku ada 1 jam. Tak kisah lah.

Waktu pagi macam ni memang belum banyak lagi motosikal yang hendak di baiki atau di servis oleh pomen.


Sementara menunggu motosikal aku siap diservis, aku menghabiskan masa di ruang menunggu dengan membaca surat khabar yang disediakan di atas meja. Bukan senang aku nak baca surat khabar sekarang ni, melainkan surat khabar digital.

Tidak sampai 1 jam, motor baru aku sudah siap diservis. Jumlah yang aku kena bayar sebanyak RM34.40. Ini adalah harga untuk minyak hitam dan oil cleaner. Lepas ni dah boleh pulas 'full throtle'.

You Might Also Like

0 comments