Emas

9:37 AM


Emas merupakan simbol kekayaan bagi manusia di dunia ini. Tidak kira disimpan dalam bentuk apa sekalipun. Barang kemas, duit atau jongkong. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. 

Emas


Dalam jadual berkala, emas mempunyai simbol Au dan nombor atom 79. Berbeza dengan nombor atom besi

Kebiasaannya kaum wanita meminati dengan barang kemas yang diperbuat dari emas untuk dijadikan perhiasan pada diri. Seperti rantai, gelang tangan, gelang kaki, cincin dan subang. 

Jarang bagi kaum lelaki khususnya melayu untuk beli barang kemas dibuat pakai pada diri sendiri. Melainkan untuk merisik atau meminang seseorang yang diminati. 

Bagi pemain bolasepak profesional, mereka lebih menyukai pada kasut emas. Yang mana kasut emas ni tidak ada dijual di mana-mana kedai Al-Ikhsan atau kedai yang menjual peralatan sukan. 



Ikan emas pula boleh dibeli di mana-mana kedai menjual ikan akuarium untuk dijadikan binatang peliharaan di dalam atau di luar rumah. Harga ikan emas tidak sama dengan harga satu gram emas. 

Kepada yang jarang menggosok gigi sebelum tidur, boleh lah menabung dari sekarang supaya nanti senang untuk beli gigi emas bila tiba waktunya. Boleh lah nanti tersenyum sehingga menampakkan gigi. 

Pisang emas dibawa belayar, 
Masak sebiji di atas peti, 
Hutang emas boleh dibayar, 
Hutang budi dibawa mati. 

You Might Also Like

0 comments