Kayu

6:11 PM


Semak pulak aku rasa bila kayu bersepah kat rumah ni. Aku bukannya tukang kayu atau pun hobi mengumpul kayu kat rumah ni. Tapi, kayu-kayu blok yang dah tak digunakan lagi untuk mencetak baju. Nampak macam dah tak boleh nak susun. Blurrr..

Kayu

Ada satu hari tu aku kumpulkan kayu-kayu blok tadi, dan aku buatkan jadi kerusi kayu. Daripada terbiar dan nampak tak cantik dari pandangan mata jiran-jiran atau pun tetamu yang tak diundang.

Walaupun aku dah buat kerusi kayu tadi, masih ada banyak lagi lebihan kayu yang tinggal. Kali ni entah apa yang aku nak buat, belum tahu lagi.



Sekali sekala jadi tukang kayu pun berbaloi juga. Rasa puas dapat melihat hasil kerja dari tangan sendiri. Baru tahu betapa susahnya orang yang kerja buat perabot kayu. Patutlah mahal.

Itu baru buat perabot kayu, belum lagi rumah kayu.

Kat Malaysia ni ada macam-macam jenis kayu. Kayu jati, cengal, meranti, merbau, gaharu dan entah apa lagi. Engkau boleh cuba google untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kayu paling popular di Malaysia. 

You Might Also Like

0 comments