Batu

1:32 PM



Dalam keadaan cuaca yang panas terik sekarang, dapat pekena ais batu memang sedap. Tambah pula kalau dapat ais batu campur. Ada aiskrim lagi kat atasnya. Lazat dan berkrim disukai ramai. Sepertinya Aiskrim Baskin Robbin. 

Batu

Zaman sekarang ni tidak sama dengan hidup di zaman batu paleolitik,mesolitik atau neolitik. Tidak ada media sosial yang dapat menghubungkan sesama manusia. Boleh tersenyum sensorang bila tengok skrin telefon pintar.



Jauh berbeza dengan kanak-kanak di zaman 80-an yang mengutip batu-batu sungai untuk dijadikan permainan batu seremban. Yang mana sampai sekarang aku tak mahir dalam permainan batu seremban. 

Semak dan sesak dalam kepala aku bila dikelilingi dengan manusia-manusia berkepala batu. Susah untuk dibentuk menjadi perabot yang cantik. Tidak sama seperti kayu. Dapat juga buat kerusi atau pun meja. 

Aku rasa tidak mungkin manusia-manusia yang berkepala batu itu menghisap "batu". Harga "batu" yang jauh lebih mahal dari batu-bata untuk dibuat rumah atau bangunan. Tapi aku rasa mahal lagi batu cincin dan batu loket

Adakah manusia yang berkepala batu itu sama dengan manusia yang berhati batu?

Ah! Pedulikan mereka yang berkepala batu atau pun berhati batu. Semoga aku tidak menjadi seperti Si Tanggang yang disumpah ibunya menjadi batu. 

Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri. 

You Might Also Like

0 comments