Duit

11:42 AM

Dalam dunia yang serba moden ni ada 2 sahaja jenis duit. Duit kertas dan duit syiling. Aku tidak pasti bagaimana penggunaan duit di zaman batu. Mungkin menggunakan duit daripada daun atau batu. Atau mungkin menggunakan sistem barter.

Duit

Duit kertas yang berbeza nilainya mengikut negara. Nilainya yang berubah setiap hari mengikut keadaan ekonomi semasa. Boleh tengok di dalam berita di tv kadar tukaran matawang asing. Boleh juga lihat perubahan mawatang di dalam internet.

Ramai juga yang tidak ambil peduli dengan duit syiling. Yang mana nilainya sangat kecil. Hanya boleh beli gula-gula dengan harga 3 biji 20 sen. Apa lagi kalau nilai duit syiling 1 sen. Boleh buat bayar bil api air.



Rata-rata rakyat di Malaysia sekarang buat 2, 3 kerja bagi mendapatkan duit untuk menampung kehidupan. Sama juga seperti aku, tak cukup dengan satu kerja sahaja. Buat kerja selagi hayat dikandung badan.

Tidak perlu untuk menyalahkan mana-mana pihak kalau duit kita seringkali tidak cukup bila tiba pertengahan bulan. Mungkin juga dalam masa sehari duit boleh habis dengan sekelip mata. Bergantung cara penggunaan duit. Boleh belajar dari seorang mamat ni cara simpan duit. 

Kalau tanya aku, cuba simpan duit walaupun 10 sen sehari. Sekali pandang memang nampak sikit. Tapi kena ingat beb, tak akan ada nilai sejuta kalau tak cukup 10 sen.

You Might Also Like

0 comments