Lupa
4:05 PMLupa adalah alasan paling mudah yang aku pernah berikan kepada cikgu kerana tak siap kerja sekolah. Itu kepada cikgu yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Kepada cikgu yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, aku tukar kepada "tak ingat". Dari segi makna nya sama sahaja. Cuma nak menyedapkan telinga yang mendengar.
Lupa
Fenomena kelupaan ini bukannya baru di Malaysia. Sejak zaman Pak Kaduk lagi sudah ada penyakit lupa ni. Pak Kaduk sendiri pun lupa yang ayam dia telah bertukar ke tangan orang lain.Kalau tak percaya boleh tengok orang yang paling rapat dengan engkau dan cuba tanya, siapa Perdana Menteri Zimbabwe pada tahun 1923? Dia mesti akan jawab "lupalah" atau pun "tak ingat". Jawapan paling cepat dan pantas.
Setiap manusia memang ada penyakit lupa. Termasuk aku. Kadang-kadang lupa yang aku ni lebih hensem dari Johnny Depp. Atau pun mungkin yang dia pun lupa ada orang lebih kacak dari dia.
Macam mana cara nak elak dari penyakit lupa? Part ni engkau kena tanya pada yang pakar. Aku tak pakar dalam bab lupa ni. Nak minum pun aku boleh terlupa. Inikan pula nak nasihat orang tentang lupa. Lebih baik aku lupakan sahaja.
Tapi mesti ada benda yang engkau tak akan lupa atau pun tak boleh lupa. Seperti nak ke bilik air di saat-saat kecemasan yang melampau.
Sebelum aku lupa, pada yang bawa kereta tu, tolong lah jangan lupa untuk bagi signal masuk simpang. Penat jurutera men"design" signal kereta tu, tapi engkau lupa untuk menggunakannya. Bahaya bagi kanak-kanak yang nak melintas jalan. Takut diorang pun lupa yang ada kereta di hadapan.
0 comments