Tidur

4:38 PM


Semenjak dua menjak ni, aku kekurangan waktu tidur. Bukannya susah nak tidur atau pun ada penyakit insomnia. Aku sibuk untuk mengejar dateline pelanggan yang disayangi.

Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan sel-sel urat saraf di medula oblangata engkau tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Seperti setelah bangun dari tidur engkau pakai baju terbalik. Gambar yang sepatutnya di depan berada di belakang.

Tidur

Seriously aku tak tahu berapa jam waktu tidur itu harus diperuntukkan bagi lelaki dewasa normal yang macam aku ni yang baru masuk umur 18 tahun.

Leonardo Da Vinci hanya tidur 2 jam sehari. Thomas Edison 5 jam. Isaac Newton 3-4 jam sehari. Albert Einstein memerlukan 10 jam untuk tidur dalam sehari. SUMBER.



Dalam sejarah hidup aku, aku pernah tidur selama 2 hari. Itu pun kerana penat sangat setelah memanjat gunung di satu daerah di Jepun. Aku bangun hanya untuk ke tandas buang air. Kemudian sambung tidur.

Bagi kanak-kanak yang bersekolah, rata-rata ibu bapa akan menyuruh mereka masuk tidur seawal jam 10 malam. Takut tak bangun keesokan hari untuk ke sekolah. Lagipun budak-budak tak elok tidur lewat, nanti mengganggu ibu yang buat kerja rumah.

Seorang kawan pernah bertanya pada aku, berapa jam aku tidur sehari? Dengan rileks dan konfidennya aku menjawab, aku tidur 2 jam sehari. Satu di tangan kanan dan satu di tangan kiri.

K.Bye.

You Might Also Like

0 comments