Ayam
5:16 PMPagi ini aku dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam yang datang dari arah kawasan kejiranan berhampiran. Mungkin ayam yang berada dalam reban ayam di kawasan padang rumah aku. Tidak pasti ayam yang berkokok itu ayam jantan atau betina.
Alhamdulillah, aku masih boleh mendengar bunyi kokokan ayam di tengah-tengah bandar. Kebiasaannya boleh didengar di kawasan kampung sahaja.
Ayam
Ada banyak jenis ayam yang ada di Malaysia ni. Ayam hutan, ayam kampung, ayam bandar, ayam belanda, ayam turki, ayam siam, ibu ayam, bapa ayam, anak ayam.Ayam hutan, ayam yang tinggal di dalam hutan. Begitu juga dengan ayam kampung yang tinggal di kampung dan ayam bandar di bandar. Manakala ayam belanda, siam dan turki mungkin berada di negara masing-masing.
Aku lebih suka makan ayam kampung berbanding ayam bandar. Daging ayam yang lebih sedap sehingga menjilat kuku tangan. Lagi sedap kalau boleh jilat sampai kuku kaki. Ayam masak merah merupakan makanan kegemaran aku satu ketika dulu.
Walaupun dulunya tulisan aku seperti cakar ayam, tetapi kini tidak lagi. Dengan bantuan teknologi zaman sekarang, aku hanya perlu menekan huruf yang ada di papan keyboard komputer untuk menulis.
Aku juga boleh tukar bentuk tulisan yang dikehendaki. Contohnya tulisan Arial, Courier, Georgia, Helvetica, Times dan macam-macam lagi jenis tulisan yang disediakan.
Dulu aku pernah mendengar satu cerita tentang seorang lelaki bernama Pak Kaduk. Hanya dengan seekor ayam sabung, tergadai seluruh kampung halamannya. Tinggal sehelai sepinggang bersama dengan seekor kucing kesayangan.
0 comments