Buntu

4:28 PM


Adalah normal bagi seorang manusia bila mana secara tiba-tiba menemui jalan buntu dalam meneruskan kehidupan seharian. Begitu juga bagi diri aku yang serba sederhana ni. Temui jalan buntu yang tidak mempunyai pintu untuk keluar.

Buntu

Buntu seakan-akan otak menjadi kematu secara tiba-tiba. Tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Umpama budak sekolah menengah yang tengah mengambil peperiksaan SPM menyelesaikan soalan kebarangkalian dalam subjek Matematik Tambahan.  

Walaupun telah bercawan-cawan kopi yang diminum, tetap juga buntu dan kaku seperti kayu penyidai baju di belakang rumah Mak Jemah. Masih setia bertugas menjemur kain baju sehingga kering di bawah cahaya matahari yang terik. 



Mungkin juga akibat kekurangan tidur menyebabkan otak menjadi buntu. Tidak cukup rasanya 2 jam G-Shock yang aku peruntukkan di tangan kanan dan kiri untuk menikmati waktu tidur yang nyenyak dan selesa. 

Aku menjadi buntu sepertinya batu yang berada di tepi jalan. Tidak dapat berbuat apa-apa. Menunggu masa untuk dialihkan oleh anjing-anjing liar di jalanan yang kadang-kadang membuat aksi yang tak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur.  

BUNTU!!

You Might Also Like

0 comments