Kawan

4:04 PM


Kawan. Semua orang ada kawan. Aku ada kawan. Engkau ada kawan. Adik aku ada kawan. Mak aku ada kawan. Nenek aku pun ada kawan. Orang yang tinggal di Hospital Bahagia pun ada kawan-kawan tersendiri.

Kawan

Macam-macam jenis kawan yang aku ada. Kawan yang jenis talam dua muka. Kawan makan kawan. Kawan yang suka ambil kesempatan. Kawan yang jenis suka tinggal kawan. Kawan kencing kawan pun ada.

Pendek kata, aku berkawan dengan semua orang. Kaya, miskin, pandai, kurang pandai, cantik, lawa, hensem, tak berapa cantik, kurang hensem. Aku jenis yang tak memilih kawan. Biarpun orang kata kita kena pandai pilih kawan.

Seperti kata orang tua, berkawan biar seribu, berkasih biar satu.



Kawan yang kau tak boleh lupa, adalah kawan sewaktu sekolah menengah. Ye ke? Kalau sekolah rendah tu, mungkin agak susah untuk mengingatkan kembali satu persatu memori yang ada dalam kepala hotak.Muka masing-masing pun dah lain.

Kawan yang paling best, kawan yang sentiasa ada menolong di waktu engkau susah atau pun senang. Walaupun kereta engkau kehabisan minyak di tengah jalan raya pada jam 3 pagi, ada kawan engkau yang sanggup datang untuk menolong. Kawan macam ni memang susah nak dapat. Tapi memang ada kawan yang jenis macam ni. Untung beb!

Kawan media sosial adalah satu jenis kawan yang baru muncul sejak adanya internet. Tak pernah bersua muka, tapi boleh juga menjadi kawan di alam maya. Lagi pulak sekarang ni ada Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam jenis lagi yang tak dapat aku nak tuliskan kat sini.

Selamat Berkawan!



You Might Also Like

0 comments