Kopi

4:35 PM


Kopi dan aku, tak dapat dipisahkan lagi sekarang ni. Bermula dengan wonda coffe yang dijual dalam tin. Sehingga lah sekarang aku bertukar kepada Brazilian Gold Boncafe (seperti dalam gambar). Serbuk kopi atau boleh dikatakan biji kopi yang dijual di dalam balang kaca.

Harga jauh lebih jimat jika nak dibandingkan dengan beli wonda coffe dalam tin setiap hari. Kalau dulu paling kurang pun 3 tin aku minum  sehari. Dari Espresso, Kopi Tarik dan segala jenis kopi dari Wonda.

Kopi

Kalau dulu aku hanya boleh lihat orang tua sahaja yang menyukai dengan kopi. Tengok wrestling di kedai kopi sambil meminum kopi. Tapi sekarang ni aku pula terasa tua bila sudah mula meminum kopi. Padahal umur aku baru nak masuk 18 tahun.

Kat mana nak beli kopi timbang? Aku pun tak tau kat mana nak beli. Kat pekan Kajang ni takde pulak aku jumpa lagi orang yang menjual kopi timbang. Mungkin kena pergi ke bahagian pedalaman atau kampung sikit. Kopi tempatan seperti Kopi Hang Tuah dan Kopi Kapal Api boleh dibeli di pasaraya Mydin atau pun di kedai 99.



Orang kata kalau pergi Vietnam, tak sah kalau tak minum kopi kat sana. Heh, takkan aku kena pergi minum kopi di Vietnam. Banyak belanja tu beb. Tapi takper, boleh cuba kalau ada rezeki lebih nanti.

Baru-baru ni ada kes 2 warga asing dimasukkan ke hospital Pulau Pinang di Harian Metro. Gara-gara minum kopi campuran. Tak silap aku kopi durian. Barangkali ada campuran dadah. Pertama kali aku dengar jenis kopi ni macam nak cuba je. Almaklumlah, durian pun mahal sekarang ni.

Lain pulak dengan cerita Kopi Pak Belalang. Penuh dengan scam atau pun penipuan. Tapi aku rasa, bukan ke budak yang nama Belalang tu hanya kikis belakang kuali untuk dijadikan serbuk kopi?

Kopi Luwak merupakan kopi yang paling mahal di dunia aku dengar di abad ini. Harganya boleh mencecah sampai RM5000 sekilo. Kalau duit banyak pun tak sanggup rasanya aku nak beli. Boleh beli sebiji motor baru.

You Might Also Like

0 comments