Motor Baru
6:03 PM
Pada hari Jumaat yang lepas aku ke Jalan Ipoh menaiki komuter dari Stesen Komuter Kajang. Aku ingatkan sudah tidak ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan KTM. Aku tersilap kerana menyangka begitu. Ada juga kawasan yang tiada perkhidmatan MRT.
Begitu juga kalau nak ke Seremban. Masih perlu menggunakan perkhidmatan KTM selain bas.
Aku beli tiket ke Stesen Batu Kentonmen. Naik pukul 4:50 petang dan sampai pukul 5:52 petang dalam hari yang sama. Mengambil masa kurang lebih sejam. Lupa pulak aku berapa harga tiket komuter pada hari itu.
Sebelum aku terlupa lagi, aku menaiki Grab Car untuk ke Stesen Komuter Kajang. Bagus juga ada perkhidmatan macam ini. Tak perlu lah aku 'menapak' untuk ke Komuter Kajang. Yang mana boleh memakan masa selama 2 jam.
Sesampai di Stesen Batu Kentonmen, aku berjalan kaki menuju ke kedai motor. Nama kedai Sim Motor kalau tak silap. Banyak pulak urusan dokumen yang perlu diselesaikan. Tambah pula dengan orang ramai yang datang selepas waktu kerja.
Sedar tak sedar pukul 7 baru selesai segala urusan rasmi. Macam biasa kalau beli motor dapat helmet, baju hujan dan 'motor lock' PERCUMA. Buku manual motosikal pun ada disertakan sekali. Boleh juga dibaca kalau ada masa lapang.
Tapi sayang, minyak motor kena isi pula di stesen petrol berhampiran sebelum pulang ke rumah.
Aku beli motor ni secara hutang. Sekian.
Tapi sayang, minyak motor kena isi pula di stesen petrol berhampiran sebelum pulang ke rumah.
Aku beli motor ni secara hutang. Sekian.
0 comments