Aku Seorang Blogger

4:12 PM


Aku bermula berjinak dengan blog pada tahun 2015. Dengan menggunakan platform wordpress dan web hosting berbayar.

Apa kan daya, blog aku hanya bertahan sehingga pertengahan 2017. Kemudian aku mula kembali pada tahun 2018 ini dengan menggunakan platform blog percuma dari Blogger.

Aku Seorang Blogger

Tidak ada sebarang tujuan tertentu untuk aku menulis di dalam blog ini. Hanya sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman yang ada.

Kisah hidup aku yang bermula mencari pendapatan secara serius dengan bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang swasta bukan milik kerajaan.

Untuk mengasah skill menulis juga adalah salah satu tujuan aku buat blog. Walaupun secara spesifiknya aku tak menulis, tetapi menekan huruf-huruf dan karakter-karakter yang ada di papan keyboard laptop.



Walaupun aku pernah menjadi seorang penghantar surat khabar di negara orang, tak semestinya aku boleh menulis dengan baik di negara sendiri.

Tidak ada niche yang tertentu juga dalam aku menulis di blog ini. Kebanyakannya berkisar tentang cerita aku sehari-hari dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar walaupun tak pernah dicabar oleh sesiapa pun.

Berbekalkan sedikit pengalaman berniaga dengan menjual sushi dan burger dapat menjadikan titik tolak untuk aku mula berniaga online.

Sekian.

Semoga dengan apa yang aku tulis di atas, dapat dijadikan resume sebagai seorang blogger baru.

You Might Also Like

0 comments