Lelaki

5:35 PM

Lelaki adalah jantina aku seperti mana yang tertulis dalam kad pengenalan Malaysia. Alhamdulillah aku telah membesar sebagai lelaki sejati dan tulen.

Terima kasih yang tak ternilai untuk diucapkan kepada kedua orang tua aku yang telah banyak bersusah payah membesarkan aku sebagai seorang lelaki. Hanya orang tua sahaja yang faham dengan karenah anak lelaki.

Lelaki

Lelaki dijadikan untuk perempuan. Begitu juga sebaliknya. Sepertinya Adam dan Hawa. Normal bagi seorang lelaki itu untuk menyukai kepada perempuan.

Jadi, jangan marah atau geram bila ada seorang lelaki secara tiba-tiba senyum terhadap perempuan yang tak dikenali. Tidak semestinya senyuman seorang lelaki itu menandakan dia suka kepada perempuan. Boleh jadi dia pun tak suka.



Lelaki normal biasanya mempunyai hobinya yang tersendiri. Sama ada mengumpul stem, menonton bola sepak, meminati motosikal atau kereta, main video game, pengumpul barang-barang lama atau vintage, bermain muzik dan macam-macam lagi. Tak kurang juga ada lelaki yang mempunyai hobi mengumpul perempuan.

Pada aku, berilah seorang lelaki itu peluang untuk menghabiskan masanya dengan hobi masing-masing selagi mana tidak melanggar hukum hakam. Mungkin itu sahaja cara dia untuk mengelakkan dari terjebak dengan anasir-anasir yang tak berapa diingini oleh seorang perempuan. Cuba bayangkan kalau seorang lelaki itu tiada hobi.

 

You Might Also Like

0 comments