Beli Kasut Bola Murah di Outlet Sports Direct Sunway Putra Mall

12:13 PM


Mana nak cari kasut bola murah kat KL ni? Seingat aku,kali terakhir aku beli kasut bola pada tahun 2003. Semasa menjadi seorang pelajar yang berdedikasi di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Negara Matahari Terbit. Itupun aku tak boleh nak ingat berapa harga kasut bola yang aku beli masa tu.

Cari Kasut Bola Murah

Kasut bola yang aku maksudkan kat sini bukanlah kasut yang orang guna untuk bermain futsal. Aku mencari kasut atau but bola yang digunakan di atas padang. Baru sekarang terasa nak main bola sepak semula. Hihi..

Proses mencari kasut bola aku bermula dengan mencari dahulu berapa harga pasaran sekarang untuk sepasang kasut bola.

Harga Pasaran Kasut Bola

Untuk mencari harga pasaran bagi kasut bola yang ada jenama seperti Adidas, Nike dan seumpanya, aku buka laman web shopping online Lazada. Kat mana lagi kan..

Harga Sepasang Kasut Bola Adidas di Lazada
Aku mula dengan mencari harga kasut bola yang paling mahal. Tu dia.. boleh nampak kat gambar atas tu, harga paling mahal RM1,994 sahaja. Kasut bola Adidas Predator 1994 Limited Edition.

Harga Sepasang Kasut Bola Nike di Lazada
Kasut bola jenama Nike pula paling mahal berharga RM1900. Nike Mercurial Superfly FG. Boleh terbang agak nya kalau pakai kasut ni. 

Harga Sepasang Kasut Bola Puma di Lazada
Kasut bola Puma pun boleh tahan juga harganya. Paling murah berharga RM199 sahaja. 

Aku lupa pula ada satu lagi laman web online yang sekarang ni makin melonjak naik namanya. Ramai juga yang sudah menjadi online seller yang berjaya di laman web ni. 



Laman Web Shopee. 

Harga Sepasang Kasut Bola di Shopee
Memang amat ketara perbezaan harga kasut bola di Lazada kalau nak dibanding kan dengan Shopee. Harga kasut bola RM69 pun dah ok bagi aku. Tapi tu lah.. takut bila sampai nanti boleh muat dekat kaki kucing je. 

Selepas puas aku mensurvey harga kasut bola di laman web online. Aku nekad tak jadi beli di laman web, kali ni aku nak pergi ke kedai sukan beli kasut bola. Mana puas kalau kau tak pegang dan rasa sendiri kasut bola di kedai.

Beli Kasut Bola Murah di Outlet Sports Direct Sunway Putra Mall 

Kedai sukan yang paling famous tentu lah Al-Ikhsan. So, aku pergi ke kedai yang tak berapa nak famous macam SportsDirect.com.  Haha..
Lokasi Outlet Sports Direct di Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur sahaja ada 14 cawangan kedai SportsDirect.com. So, aku pilih untuk ke lokasi di Sunway Putra Mall. Sebelum ni lebih dikenali dengan nama The Mall yang berdekatan dengan Putra World Trade Center, PWTC. 

Masuk je ke kedai, aku terus tanya harga kasut bola yang paling murah ada kat dalam kedai ni. Haha..

Disebabkan aku dah lama tak beli kasut. Aku dah lupa dengan saiz kaki sendiri. Ni juga sebab kenapa aku tak beli kasut secara online. Aku terpaksa untuk mencuba dahulu kasut mana yang sesuai dengan kaki ni.

At last, aku beli juga kasut bola Kronos dengan harga RM99 untuk sepasang.

Beli Kasut Bola di Sports Direct
Macam tu lah cerita aku beli kasut bola murah di Outlet Sports Direct Sunway Putra Mall

You Might Also Like

0 comments