Pertama Kali Masuk Tender Lelongan Barang Kemas di Ar Rahnu Xchange TTDI Groove
4:48 PMSalam Jumaat Penghulu bagi segala hari. Sempena di hari yang baik ini kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Aminn...
Ar Rahnu Xchange TTDI Groove
Ar Rahnu Xchange Kajang |
Pajak Barang Kemas di Ar Rahnu Xchange
Aku pergi menggadaikan sedikit barang kemas yang ada. Tak banyak. Cuma ada 2 bentuk cincin belah rotan. Actually, barang kemas ni dah banyak kali keluar masuk kat ar rahnu sini. Akak yang jaga kaunter tu pun dah biasa tengok muka aku ni. Haha..
Borang Surat Akuan Gadaian |
Surat Akuan Gadaian |
Sebelum apa-apa, kena isi borang surat akuan gadaian terlebih dahulu. Kemudian barang kemas akan melalui proses uji ketulenan emas.
Setelah ditimbang dan dikira, aku dapat RM600 untuk 2 bentuk cincin emas. Upah simpan pula sebanyak RM43.63 selama 6 bulan.
Kemudian, aku pun mula melangkah untuk keluar. Tiba-tiba pak guard tegur tak nak masuk lelongan barang kemas?
Hurmmm... sambil menggaru di kepala yang tak berapa nak gatal.
Gambar Lelongan Barang Kemas di Ar Rahnu Xchange TTDI
Lelongan Barang Kemas di Ar Rahnu Xchange |
Harga Rezab & Harga Semasa Barang Kemas |
Tender Lelongan Barang Kemas
Harga borang tender lelongan barang kemas di sini adalah sebanyak RM5 untuk sekeping. So, kalau nak bid 10 item, kena beli 10 borang tender.Contoh Borang Permohonan Tender Lelongan |
So, tunggu je lah keputusan pemenang pada hari Isnin atau Selasa minggu hadapan. Itu sahaja cerita aku yang pertama kali masuk tender lelongan barang kemas di Ar Rahnu Xchange TTDI Groove.
0 comments