Jalan-jalan Cuti Sekolah di Movie Animation Park Studio MAPS Ipoh Perak

11:18 AM


Minggu pertama cuti sekolah  bagi sesi 2018 baru sahaja bermula. Sebelum aku menjadi lebih sibuk dengan kerja-kerja yang dirancangkan, adalah lebih baik meluangkan sedikit masa yang ada untuk putera dan puteri aku.

Jalan-jalan Cuti Sekolah

Kadang-kadang parents pada zaman kini pening kepala untuk merancang aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak.

Cuti sekolah tahun 2018 ni aku bawa mereka jalan-jalan ke Movie Animation Park Studios yang juga lebih dikenali dengan nama singkatan MAPS di Ipoh, Perak.

Itupun lepas aku tukar bateri dan belting kereta. Kalau kereta tak repair terpaksa guna alternatif lain untuk ke sana. Alternatif paling mudah untuk ke sana adalah dengan menaiki bas ekspress.

Movie Animation Park Studios MAPS Ipoh

MAPS merupakan taman tema yang pertama di Asia dibina dengan kos sebanyak RM520 Juta di Ipoh, Perak. Telah memulakan operasi pada 26 Jun 2017. 


Lokasi yang strategik berdekatan dengan Bulatan Meru dan Stesen Bas Aman Jaya. Memudahkan bagi pengunjung yang tiada mempunyai kenderaan sendiri atau pun yang lebih selesa menggunakan pengangkutan awam. 

Harga Tiket MAPS Ipoh

Harga Tiket Promosi MAPS
Aku membeli pakej tiket '5 To Go' dengan harga RM250 secara online. Harga tiket promo ni bermula dari 24 November 2018 hingga 1 January 2019. Lain-lain tiket boleh refer kat MAPS Tiket

Harga Sewa Stroler di MAPS Ipoh
Tambahan harga yang lain, aku sewa stroler untuk si kecil sekali. Anak bongsu memang manja ke? Tanya Je... 

Movie Animation Park Studios Review

Pada aku, bagi sesiapa yang pernah ke taman tema di luar negara seperti Tokyo Disneyland atau Fuji Theme Park mungkin akan rasa sedikit hambar. Tapi, at least tak perlu nak beratur panjang untuk menunggu giliran. 

Gambar di hadapan pintu masuk stunt legends arena 
Untuk yang meminati aksi lasak, boleh cuba lihat aksi stunt di Stunt Legend Arena. 

Sebelum masuk ke sini, pastikan makan nasi secukupnya. Sebab harga makanan kat dalam ni boleh tahan juga. Hihi.. Wonda Coffe 1 tin berharga RM5. 

Harga makanan yang lain tu boleh la cuba congak sendiri. Kalau tak tahu nak congak, boleh guna kan sempoa yang macam apek kedai ubat guna tu. 

Surau yang disediakan kat dalam ni pun agak selesa. Memudah kan kepada pengunjung seperti aku ni. Boleh rehat-rehat sekejap sambil menyedut udara segar dari Rothmans. 

Untuk perhatian bagi perokok tegar, kat sini tak boleh nak merokok sesuka hati, sebab smoking area zone telah disediakan. Cuma perlu bawa mancis dan rokok sahaja. 

Jadilah review yang tak seberapa dari aku yang membawa anak-anak jalan-jalan cuti sekolah di Movie Animation Park Studio Ipoh, Perak

Koleksi Gambar di Movie Animation Park Studio Ipoh

Pintu Masuk MAPS Ipoh

Ruang Tengah MAPS Ipoh
Robot ??
Rumah Hantu!
Tak Tau sape..



Bye!

You Might Also Like

0 comments