Tukar Bateri & Belting Altenator Nissan Grand Livina 1.6 Auto
12:10 PMKu sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan membasahi bumi di tengah hari. Tidak kusangka kan bateri kereta boleh bertahan tak sampai 2 tahun. Patut lah kereta tak boleh nak start hari ni.
Tukar Bateri Kereta
Dah lama rasanya tangan aku ni tak pegang spanar yang bersaiz kecil. Last sekali 2 minggu lepas, tukar tayar bocor kena paku. Kahkah..
Kali ni kena tukar bateri kereta. Aku guna spanar saiz 10 yang telah disediakan oleh pihan Nissan di but belakang. Spanar yang direka khas untuk membuka skru bateri kereta.
Jenis Bateri Kereta
Bateri kereta ni ada 2 jenis. Satu bateri basah dan satu lagi bateri kering. Bateri kering ni biasanya maintenance free. Maksudnya tak perlu nak monitor tahap kandungan air bateri dalam bateri kereta. Bateri basah pula yang menggunakan air bateri. Masing-masing ada pro dan kontra.
So, untuk memudah kan kerja aku, aku gunakan bateri kering sahaja. Hihi..
Cara Tukar Bateri Kereta
Kalau tak tau cara nak tukar bateri kereta, boleh lihat pada kotak bateri baru yang dibeli. Lupa plak nak bagi tahu. Bateri kereta ni, aku beli di kedai bateri Century di Sg. Chua, Kajang. Untung pula dapat PERCUMA kalendar tahun baru 2019.
Cara tukar bateri kereta pada kotak bateri baru |
1. Matikan enjin dan keluarkan kunci kereta.
2. Tanggalkan terminal negatif diikuti dengan terminal positif untuk keluarkan bateri.
3. Longgarkan pendakap bateri kemudian keluarkan bateri
4. Pasangkan bateri baru dan pastikan pendakap diketatkan dengan kukuh.
5. Pasangkan kembali bateri dengan memasangkan terminal postif diikuti dengan terminal negatif.
Bateri Baru |
Bila dah pastikan semuanya dipasang dengan sempurna. Boleh cuba untuk start enjin kereta dengan menggunakan kunci. Kereta tak boleh nak start sendiri dengan hanya menukar bateri sahaja.
Yes, kereta aku berjaya dihidupkan setelah menukar bateri baru. Kemudian aku cuba untuk mematikan enjin dan kemudian hidupkan kembali. Memang malang, kereta aku tak dapat dihidupkan semula. Aku cuba mencari dimanakah silapnya. Mungkin terminal bateri longgar agaknya. Lama juga aku cuba untuk men troubleshoot sendiri.
Rupa-rupanya belting altenator putus. Hahahahaha....
Belting Altenator Putus |
Belting Altenator Nissan Grand Livina 1.6 Auto
Belting Altenator kereta Nissan Livina ni diikat sekali dengan water pump dan kompressor air cond. Patut lah 2,3 hari sebelum ni aku rasa air cond panas. Ingatkan dah lama tak servis. Memang lama pun. Nak dekat setahun.
Kedai spare part kereta di Pekan Kajang |
Terpaksa menjadi runner ke kedai spare part kereta di Pekan Kajang sekejap. Harga belting yang aku beli ni RM140 yang tertulis pada kotak belting. Bukan dari jenama Nissan. Tak tau lah dari mana. Mungkin made in China.
Belting baru Nissan Livina 1.6 Auto |
Tukar Belting Altenator Nissan Grand Livina 1.6 Auto
Nak tukar belting kereta ni kena ada special tools. Yang pastinya aku memang takde alat untuk tukar belting ni. Terpaksa menggunakan khidmat pomen lain. Upah pun tak mahal. RM50.
Dah selesai tukar belting, barulah kereta aku dapat dihidupkan semula.
0 comments