TAHNIAH Perak The Bos Gaurus Juara Piala Malaysia 2018

1:46 PM


Kepenatan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas masih lagi terasa. Peti suara masih lagi pecah dek menjerit melalak di stadium. Penantian selama 18 tahun, berkesudahan dengan magis, tragis, kontrovesis dan penuh dengan dramatis.

Sebelum hari perlawanan bermula, macam-macam cerita yang keluar di media tentang penjualan tiket. Di Kuala Terengganu penyokong merasa kecewa dengan kehabisan tiket dan di Ipoh pula kaunter tiket terpaksa ditutup awal. Sampai ada yang diserang sawan semasa menunggu giliran beli tiket.

Begitu juga dengan laman web Shopee. Tak sampai seminit jualan di buka tiket sudah habis terjual.



Sebagai anak jati Perak, aku pun hampir-hampir nak naik sawan juga bila tidak dapat mencari tiket perlawanan di minit-minit akhir.

Kesilapan diri sendiri juga sebab tak 'alert' dengan tarikh penjualan tiket. Apa nak dikata. Takkan nak duduk di rumah tengok bola. Bukan tak boleh, cuma 'feel' perlawanan akhir tu takde.

Aku nekad untuk terus sahaja gerak ke Stadium Shah Alam tanpa bekalan tiket. Ah! apa punya bahasa pula aku pakai ni.

Aku pergi menaiki motosikal seorang diri. Walaupun aku rasa jarak perjalanan dari Kajang ke Shah Alam tu agak jauh, tak perlu rasanya untuk menaiki kereta. Mangkor Yeop kalau naik kereta.

Sampai sahaja di Stadium Shah Alam, boleh lihat lautan kereta yang memenuhi perkarangan stadium. Aku pun mencari port untuk parking motosikal yang dekat sikit dengan pintu masuk stadium. Rileks, dengan hati yang tenang, buka helmet dan kunci apa yang patut dekat motosikal tu.

Aku pun memulakan langkah demi langkah untuk ke pintu masuk. Mata aku meliar ke kawasan gerai-gerai jualan. Baju, air, makanan..

Tiba-tiba ada orang lalu offer tiket perlawanan untuk malam tu. Aku terus tanya berapa harga. Dia cakap 'eighty ringgit'. Ok lah .. masih dalam budget aku untuk beli tiket. Dalam hati aku, macam mana pula mat saleh ni boleh dapat tiket. Aku orang Malaysia pun tak dapat.

Masuk sahaja ke stadium, penuh dengan lautan manusia berpakaian dengan warna negeri masing-masing. Terengganu dengan hitam putih nya, Perak pula dengan hitam kuning. Aku pun cari port yang cantik sikit dan tenang untuk berasap.

Lebih kurang sejam juga aku menunggu sebelum perlawanan bermula. Jam pukul 9. Wisel pun ditiupkan untuk memulakan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Yes, aku menyalakan lighter untuk membakar tembakau paip di tangan. Belum sempat aku menyedut asap, Perak dah ketinggalan 0-1. Macam-macam maki hamun bercampur carutan yang aku dengar di sekeliling. Termasuk lah aku. Jibake... dah kenaa..

Takper.. masih awal lagi aku rasa. Perak masih lagi boleh membuat serangan balas. Lepas serangan demi serangan, Perak berjaya menyamakan kedudukan, tapi malang, gol tidak dikira atas alasan mengasari penjaga gol. Apa punya nasib ler.

5 minit sebelum habis separuh masa pertama, sekali lagi Perak membuat kesilapan dan membenarkan untuk Terengganu mendahului dengan 2-0. Seriously masa ni aku dah rasa macam nak keluar stadium. Rakan-rakan di whatsapp group Perak ada yang tutup tv, tukar channel. Aku cuma makan burger dan air mineral sementara menantikan babak kedua bermula.



Dengan berbekalkan degan semangat baru di separuh masa kedua. Perak berjaya mendapatkan 1 gol di minit-minit awal permainan. Semua penyokong Perak melonjak gembira dengan harapan berbaki satu gol lagi untuk menyamakan kedudukan.

Permainan berjadi bertambah tegang, sehingga ada tercetus kontroversi di atas padang. 2 kad merah dilayangkan pada malam tu. Masing-masing bermain dengan 10 orang.

Jam di scoreboard menunjukkan perlawanan selama 90 minit sudah tamat. Tinggal berbaki lagi 5 minit masa kecederaan.

Kegelisahan penyokong Perak pada masa tu tak tau nak cakap macam mana.

GOL!!!

Tiba-tiba Stadium Shah Alam bergegar dengan jeritan penyokong Perak kerana berjaya menyamakan kedudukan di dalam masa kecederaan.

Perlawanan diheret ke masa tambahan selama 30 minit. 15 minit untuk separuh masa.

Terengganu berjaya mendapatkan gol yang ke-3 selepas 5 minit masa kecederaan bermula. Kecewa lagi penyokong Perak. Ada juga aku perhatikan penyokong Perak yang keluar.

Masa tambahan selama 30 minit  di scoreboard sudah tamat. Tinggal 2 minit masa kecederaan.

Masa ni penyokong Terengganu sudah menyalakan flash hp masing-masing sambil menyanyi kegembiraan untuk meraikan kemenangan pasukan Terengganu. Sekali lagi aku rasa seperti ingin keluar sahaja dari stadium.

Tapi sayang, kegembiraan yang sementara untuk penyokong Terengganu apabila kesilapan dari pasukan Terengganu sendiri yang menjaringkan gol di minit-minit akhir.

Sekali lagi Stadium Shah Alam bergegar dengan jeritan penyokong Perak. Termasuk lah aku melompat menjerit sekuat hati sambil berpelukan dengan orang sebelah walaupun tak kenal.

Bagi aku pada ketika ni, dah rasa berbaloi beli tiket. Sebab orang kata, penalti tu nasib la kan.

Penjaga gol Perak berjaya menebus kesalahan di separuh masa pertama dengan menepis 2 gol dari sepakan penalti.

Pasukan Perak menang penalti 4-1.



Pada aku perlawanan akhir malam ni memang 'epic comeback'. Siapa yang ada di stadium malam tu memang boleh jadi memori terindah di stadium. Seperti mana pada tahun 1998 di Stadium Bukit Jalil. Aku juga ada di sana pada masa tu.

Aku masih lagi berlegar-legar di stadium meraikan kemenangan. Melihat sekeliling dengan harapan kalau-kalau ada orang kampung yang kenal. Alhamdulillah semuanya aku tak kenal. Hahaha...

Aku gerak pulang ke rumah pada pukul 1.30 pagi.

You Might Also Like

0 comments