Dari Kuala Lumpur ke Dalian China
10:51 AMSeawal pagi lagi aku dah keluar rumah. Ayam yang ada di dalam reban berhampiran dengan padang rumah aku pun masih belum berkokok. Cuaca sejuk waktu pagi sebelum subuh memang membawa hingga ke tulang.
Agak jarang sekali aku keluar rumah seawal pagi begini. Kebiasaannya masa begini adalah masa aku pulang ke rumah pada hujung minggu.
Bukan apa, untuk mengelakkan dari ditinggalkan kapal terbang Xiamen Air dari Kuala Lumpur ke Dalian China. Mengikut pada tiket kapal terbang yang aku tempah secara atas talian, flight aku dijadualkan penerbangannya tepat pada pukul 8 pagi.
Kuala Lumpur International Airport KLIA
Dengan menaiki motor yang baru sahaja dirantai pagi tadi oleh pihak Malaysia Airport, aku menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama KLIA.Boarding Pass Kuala Lumpur Fuzhou |
Aku ada masa selama hampir 2 jam sebelum penerbangan ke Dalian. Puas juga nak menunggu waktu untuk berlepas. Hampir-hampir tertidur di kerusi yang disediakan di sini.
Dari satu bank ke satu bank yang ada di KLIA ni aku melangkah untuk mengelakkan dari tertidur. Sambil aku melihat rate semasa currency di papan elektronik yang disediakan.
Tepat jam 715 aku pergi ke gate C11 untuk menaiki penerbangan ke Dalian,China. Sebelum tu bermacam jenis sekuriti kena tempuh. Mula dengan passport sehingga periksa satu badan.
Fuzhou Airport
Untuk pengetahuan, tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Dalian. Kena transit sekali di Airport Fuzhou,China.Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Fuzhou mengambil masa lebih kurang 6 jam. Memang puas duduk dalam kapal terbang dengan masa yang ada.
Sampai sahaja di airport Fuzhou, kena lalui sekuriti yang agak ketat. Sampai kan cermin mata pun kena buka sebelum buat pengesahan cap jari. Mujur lah cermin mata sahaja yang disuruh buka.
Boarding Pass Fuzhou Dalian |
Dekat sini, terpaksa bercakap seperti ayam dan itik. Dengan teknologi yang ada sekarang, boleh guna google translate on the spot. Sebab kebanyakannya orang China tak boleh berbahasa inggeris.
Aku menghabiskan masa selama hampir 2 jam di sini. Apa yang ada? Yang ada di sini, lebih kurang sahaja dengan yang ada di KLIA. Air putih boleh ambil secara percuma di mesin-mesin yang disediakan.
Kalau rasa lenguh-lenguh badan, boleh cuba kerusi urut di sini. Cuma aku tak boleh baca apa yang ditulis.
Dalian International Airport
Setelah puas menghabiskan masa di Fuzhou airport, aku meneruskan penerbangan ke Dalian pula. Penerbangan kali ini tak lama. Cuma 2 jam setengah. Umpama bawa kereta dari KL ke Ipoh.Makanan dalam flight pun tak seberat seperti sebelumnya. Makan roti dan minum air jus. Tapi sempat juga menghabiskan satu filem china yang ada di monitor hadapan.
Sampai sahaja di Dalian Airport, aku dibawa terus menggunakan subway yang lebih dikenali di sini dengan nama Dalian Metro.
Dalam kepala aku memang takde plan nak ke mana-mana, sebab penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dalian membuatkan badan terasa penat dan memerlukan tidur yang secukupnya.
Esok sahaja lah aku sambung perjalanan di Dalian.
0 comments