Shuangxing Commodity City Tempat Shopping Terbesar di Dalian China

7:07 PM

Kebiasaannya orang akan ke Guangzhou atau Shenzen untuk membeli atau memborong barang murah di China.

Tapi sekarang aku berada di Dalian City of Romance. Terpaksa mencari sendiri tempat shopping murah di sini.

Shuangxing Commodity City

Cari punya cari aku terjumpa dengan satu tempat shopping terbesar di Dalian iaitu di Shuangxing Commodity City. Boleh dikatakan lubuk shopping murah di Dalian City. Lokasi berdekatan dengan Dalian Railway Station.

Peta Lokasi Shuangxing Commodity City Dalian
Kompleks ni ada 6 tingkat ke semuanya. Dari satu tingkat ke satu tingkat tu memang besar. Setiap tingkat mempunyai niche barang tersendiri.

Tak cukup kaki rasanya kalau nak berjalan kat sini. Tambah pula rambang mata nak memilih barang yang hendak dibeli. Kalau beli kesemuanya belum tentu boleh bawa balik lagi. Disebabkan limit 'luggage' yang perlu di ambil kira semasa pulang nanti.

Gambar Dalam Shuangxing Commodity City Dalian

Deretan beg dan selipar 
Pelbagai jenis beg dan kasut
Stationary dan Beg sekolah kanak-kanak

Bermacam Jenis Alat Muzik
Kedai Alat Sukan 
Tengok sahaja gambar yang kat atas ni pun dah cukup rasanya untuk aku katakan Shuangxing Commodity City merupakan tempat shopping terbesar di Dalian. Ada 2,3 kedai lagi yang menjual barang permainan kanak-kanak. Tak sempat pula nak ambil gambar. Haih...

Raket Badminton Yonex
Dalam banyak-banyak barang yang ada dijual di sini, aku cuma beli raket badminton. Dengan harga RMB120. Brader yang jual raket ni pun agak friendly yang membuatkan aku rasa nak beli. Mudah untuk aku berurusan dengan dia. Tawar menawar harga hanya dengan menggunakan kalkulator bukannya sempoa.

3 Cara Nak ke Shuangxing Commodity City

1. Bas

No bas untuk ke Shuangxing Commodity City

Cara ni agak komplikated sikit. Sebab aku pun tak pernah naik bas sepanjang berada di Dalian. Tapi boleh cuba kalau rasa nak naik bas.

2. Dalian Metro

Dalian Metro
Bagi aku yang setiap hari menggunakan Dalian Metro, akan turun di Youhau Square dan berjalan kaki lebih kurang 25 minit untuk sampai ke sini.

3. Teksi

Penggunaan teksi adalah lebih mudah untuk ke Shuangxing Commodity City. Pemandu teksi akan hantar terus depan pintu masuk Kompleks. Cuma pastikan tunjuk nama tempat dalam Bahasa Cina. Sebab diorang ni tak boleh baca English agak nya. Haha..

Tempat Shopping Terbesar di Dalian

Banyak lagi rasanya tempat shopping yang ada di Dalian. Bagi aku Shuangxing Commodity City adalah yang terbaik pernah aku jumpa. Murah dan banyak pilihan.

Jauh beza kalau nak dibandingkan dengan Victory Plaza Dalian yang mana susunan kedainya yang agak berterabur sikit. Bercampur dengan food court yang dipenuhi dengan makanan yang agak 'lazat'.

Masalah nak beli barang dekat sini cuma aku tak boleh nak berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Satu kelebihan beli barang kat sini kalau sesiapa yang boleh berbahasa cina. Kalau penjual-penjual ni tipu pun aku tak tau.

Kena belajar Bahasa Cina pulak lepas ni kalau rasa nak memborong di China.

You Might Also Like

0 comments