Pengalaman Tinggal di Jepun Selama 6 tahun

10:51 AM

pengalaman Tinggal di Jepun Selama 6 tahun

Pengalaman Tinggal di Jepun Selama 6 tahun membuatkan aku jadi lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian. Haha..  Untuk pengetahuan umum aku adalah seorang bekas pelajar lulusan dari Jepun pada tahun...

3 Tahun Pertama di Jepun (Nagasaki)

Untuk 3 tahun yang pertama di Jepun, aku dihantar belajar di Nagasaki. Tempat yang pernah hancur dengan bom atom satu ketika dahulu. Jarak dengan tempat aku belajar adalah lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta. Kalau jalan kaki mungkin makan masa Selama 2 hari.

Aku belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Bidang yang mana akan membuatkan pecah kepala untuk buat kira-kira dalam pembezaan dan pengamiran yang aku rasa tak akan pernah habis. Tak lekang dek panas dan tak lapuk deh hujan.

Balik kepada tempat aku belajar tadi. Nama tempat aku belajar ialah di Sasebo Technical College, Nagasaki, Japan. Terletak di dalam pulau Kyushu. Agak jakun juga bila mana salji turun dengan lebat di musim sejuk.

Dalam kolej ni ada 4 Bidang kejuruteraan sahaja. Mekanikal, Elektrikal, Mekatronik dan Kimia. Kalau aku tak silap la.

Kawan baik aku di kolej. 
Mula-mula masuk kolej ni, aku rasa macam pergi semula ke alam sekolah tingkatan 4 & 5 di Malaysia. Sebab rata-rata budak Jepun di dalam kolej ni semuanya kena pakai uniform.

Macam dalam cerita anime. Anime yang mana tak pasti pulak. Cuma aku seorang sahaja yang berpakaian biasa sebab datang dari Malaysia. hahaha..

Lawatan ke Kilang di Jepun bersama dengan rakan-rakan
Duduk kat hostel, pagi-pagi kena bersenam, gosok gigi, mandi, sarapan pastu pergi sekolah. Duduk dalam kelas pun, semuanya ada bawa bekal masing-masing. Ada juga yang tak bawa, pergi kantin beli sahaja makanan yang ada dijual disana.

Aku terpaksa pulang ke hostel semula untuk makan makanan yang halal. Makanan tu pun yang sudah di masak pada malam sebelum tu. Kalau nak masak masa tengah hari tu, dah tak sempat. Waktu rehat cuma ada satu jam.

Aku ada satu masalah tinggal di hostel ni. Iaitu Kawasan Larangan Merokok. Jadi, aku tinggal di hostel pun tak lama, lebih kurang 3 bulan sahaja. Kemudian aku pindah tinggal di rumah sewa.

Kos bagi rumah sewa di Jepun ni agak mahal kalau di convert kan ke Ringgit Malaysia. Sewa sebulan dalam RM1000. Itupun rumah tak besar seperti malaysia. Cukup hanya boleh untuk tinggal seorang diri. Haha..

Aku juga pernah buat kerja sambilan semasa belajar di sini. Iaitu jadi sebagai penghantar suratkhabar. Zaman ni penggunaan internet masih belum meluas lagi. Hanya menggunakan Yahoo Messenger. Hihi..

3 Tahun Kedua di Jepun (Niigata) 

Untuk 3 tahun yang kedua di Jepun, aku berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Nagaoka University of Technology. Terletak di Niigata Prefecture. Iaitu kawasan salji lebat bila tiba musim sejuk. 

Belajar di sini tidak sama dengan apa yang aku belajar di Nagasaki. Peringkat Ijazah ni lebih kurang sama macam belajar di Universiti kat Malaysia. Jadual kelas yang agak fleksibel. Kadang-kadang ada kelas, kadang-kadang tiada. 

Apa yang best kat sini. Pada aku sudah tentulah dapat main salji. Tetapi, mula-mula sahaja akan rasa teruja bila salji turun dengan lebat. Bila dah biasa, akan rasa rimas, sebab kena bersihkan kawasan parking dahulu sebelum pergi ke kelas di waktu pagi. 

Tinggal di sini memang kena ada kereta sebagai pengangkutan. Kalau takde tu, pandai-pandai lah nak naik pengangkutan awam seperti bas. Kawasan sini boleh dikategorikan sebagai kampung. Tapi kampung di Jepun tak sama dengan kampung di Malaysia. Jauh sangat bezanya. 

Masa tinggal kat sini, aku dah pakai lesen jepun dan tak guna lagi permit memandu antarabangsa seperti yang aku guna di Nagasaki. 

Sama juga seperti di Nagasaki, aku tinggal di rumah sewa. Tapi kali ni bukan sebab kawasan larangan merokok, tapi sebab memang tiada kekosongan di hostel. Jadi, aku sewa rumah dengan 2 orang lagi kawan yang sama kursus. Lebih teratur sikit pengurusan tinggal di sini. Semuanya dibahagi dengan 3. Maksud aku, bil elektrik,air, internet dan juga barang dapur. 

Tujuan aku berkongsi cerita ni bukan apa, kadang-kadang ada orang yang ingin tahu bagaimana rasanya tinggal di luar negara. Aku cuma dapat ceritakan sikit sahaja pengalaman tinggal di Jepun. Bukan semuanya indah-indah belaka. Tambahan bab belajar. Memang pening kepala. Bahasa pulak bukannya guna Bahasa Inggeris, kena guna bahasa tempatan. 

So, nasihat aku bagi yang nak belajar di luar negara tu, sila kuatkan mental. Sebab kat negara orang ni, takde sape-sape yang nak tolong kalau ada masalah seperti sakit demam. Ibu bapa pun jauh. Kalau ada yang nak tolong pun, kawan yang ada di sekeliling sahaja. Good Luck!

You Might Also Like

0 comments