Pasang Givi Box Yamaha Lagenda 115zr Fi
11:50 AM
Kebetulan sempena cuti Hari Malaysia tempoh hari aku takde plan nak ke mana-mana. Lepak di rumah sambil menonton filem-filem yang ada di channel HBO. Dari satu filem ke satu filem. Sampai dah tak tahu nak tengok citer apa.
Monorack Givi ni aku beli di Shopee masa promosi 9.9 tempoh hari. Aku beli monorack yang memang dijual khas untuk motor Yamaha Lagenda 115 fi. Box givi pula memang boleh masuk kat mana-mana monorack givi yang ada di pasaran.
Dah lama rasanya aku tak pegang spanar. Elok lah sangat pun nak memanaskan tangan yang dah sekian lama asyik picit touch screen handphone dan juga keyboard laptop.
Alat-alat untuk pasang monorack givi ni tak banyak. Cuma perlu ada spanar bersaiz 12,14,skrudriver plus dan Allen key seperti yang ada di dalam gambar kat atas.
Mula-mula sekali kena buka skru yang ada dekat bawah seat. Dekat dengan tempat isi minyak petrol. Ada 4 skru kat situ. Lepas tu pasangkan besi pendek yang disediakan dalam pakej.
Nak pasang besi pendek ni agak rumit sikit, sebab kena buka cover set tepi. Pastikan skru semua cukup.
Dah selesai pasang benda alah tu, baru boleh pasang besi yang panjang pula. Besi yang panjang ni diikat dengan skru absorber kiri kanan. Kat sini kena guna spanar bersaiz 14.
Bila dah berjaya pasang kedua-dua besi panjang dan pendek tadi, cuba pula adjust pelapik untuk givi box. Yang ni kena guna kemahiran hidup yang di belajar masa tingkatan 2 dahulu. Cuba ingat balik semula yek.
Kemudian baru lah boleh pasang kan box givi atau pun kotak givi dekat atas pelapik tadi. Bila dah siap boleh letak barang-barang yang dirasakan penting kat dalam box yang baru ni.
Pasang Givi Box Yamaha Lagenda 115zr
Terlupa pula aku nak pasang kan givi box kat motosikal kesayangan. Givi box yang aku order baru sahaja sampai hari Jumaat yang lepas. Memang saja aku tak terus pasang masa barang sampai. Tunggu masa yang sesuai.Monorack Givi Yamaha Lagenda 115zr Fi |
Dah lama rasanya aku tak pegang spanar. Elok lah sangat pun nak memanaskan tangan yang dah sekian lama asyik picit touch screen handphone dan juga keyboard laptop.
Alatan Untuk Pasang Givi Box
Alatan untuk pasang givi box |
Cara Pasang Monorack Givi Yamaha
4 skru yang perlu dibuka terlebih dahulu |
Nak pasang besi pendek ni agak rumit sikit, sebab kena buka cover set tepi. Pastikan skru semua cukup.
Dah selesai pasang benda alah tu, baru boleh pasang besi yang panjang pula. Besi yang panjang ni diikat dengan skru absorber kiri kanan. Kat sini kena guna spanar bersaiz 14.
Bila dah berjaya pasang kedua-dua besi panjang dan pendek tadi, cuba pula adjust pelapik untuk givi box. Yang ni kena guna kemahiran hidup yang di belajar masa tingkatan 2 dahulu. Cuba ingat balik semula yek.
Givi Box yang lengkap dipasang |
0 comments