Macam Mana Aku Boleh Dapat Tawaran Belajar Di Jepun

12:17 PM

Tawaran Belajar di jepun
Belajar Di Jepun tidak pernah ada dalam impian hidup aku sebelum ini. Tetapi, rezeki itu tidak pernah salah alamat bak kata orang.

Tawaran Belajar Di Jepun. 

Tawaran ini datang pada aku seperti mimpi di siang hari. Masa ni, aku tengah bekerja di salah satu kilang di Ipoh. Aku bekerja pun sebab nak menambahkan pendapatan. Tak sedap pula rasanya bila minta duit dengan orang tua dalam keadaan umur yang meningkat remaja ni.

Iklan tawaran belajar di Jepun ni, ada dipaparkan dalam satu suratkhabar. Suratkhabar yang mana pun aku dah lupa. Sama ada Utusan atau pun Berita Harian.

Aku hanya ingin mencuba nasib, mana la tau kan kalau Dapat. Walaupun aku tak berapa konfiden dengan keputusan SPM. Dalam hidup ni kita kena cuba dan buat apa yang terbaik selagi mampu. Haha..

Selepas sahaja isi dan hantar borang kemasukan, aku pun bekerja macam biasa. Tidak mengharap sangat pun pada keputusan yang bakal diterima. Lagipun masa ni aku baru lepas kecewa setelah ditolak keluar belajar dari UTM,Skudai.



Selang beberapa minggu kemudian, aku terima satu panggilan telefon dari salah seorang staf UTM,KL. Menyatakan untuk hadir ke sana yang mana aku diterima masuk dalam program pengajian ke Jepun. Nama program itu ialah Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun dengan nama singkatan PPKTJ.

Actually ada beberapa program lain selain PPKTJ pada masa itu. Antaranya adalah Ambang Asuhan Jepun(AAJ) di University Malaya dan Japanese Associate Degree(JAD) di Bangi.

Secara umumnya program pengajian ke Jepun selepas SPM boleh dibahagikan kepada 3:
Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun, UTM KL. 

Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun (UTM,KL)

Program di mana pelajar dikehendaki membuat persediaan 2 tahun di Malaysia dan 3 tahun di Jepun. Pelajar dari PPKTJ ni akan memasuki ke Kolej-kolej Teknikal di Jepun dan akan mendapat Diploma setelah tamat pengajian.

Ambang Asuhan Jepun, UM 

Ambang Asuhan Jepun (UM)

Program 2 tahun di Malaysia dan 4 tahun di Jepun. Pelajar-pelajar Dari AAJ pula akan memasuki ke universiti yang dipilih di Jepun. Setelah tamat pengajian pelajar akan menerima Ijazah dari universiti masing-masing.
Japanese Associate Degree, MARA

Japanese Associate Degree (MARA)

Pelajar dari program JAD pula akan mengikuti pengajian selama 2 tahun di Malaysia dan selebihnya 3 tahun di Universiti Jepun. Apa yang best Dari program ni, mereka akan memperolehi Ijazah dalam jangka masa 5 tahun belajar. Berbanding dengan pelajar dari PPKTJ hanya memperolehi diploma dengan jangka masa yang sama.

So, boleh tahu lah pelajar dari mana yang cemerlang dalam pelajaran kan. Dah tentu lah mereka yang sambung pelajaran terus ke peringkat Ijazah. Hihi..

Tapi aku tak kisah semua tu, apa yang penting aku dapat menyambung pelajaran ke luar negara.

Program-program pengajian yang aku cerita kan kat sini, adalah tertakluk pada zaman dahulu. Untuk zaman sekarang ni, aku tidak tahu apa perkembangan yang ada. Mungkin sudah banyak yang berubah dari segi pengajian ataupun biasiswa yang diterima untuk sambung belajar di Jepun.

You Might Also Like

0 comments