Makan Tengah Hari di Burger King KL Sentral

11:14 AM

makan di Burger King KL Sentral
Sekali sekala aku nak juga rasa makan fast food. Tempat yang paling dekat dengan ofis sementara aku, ialah di Burger King KL Sentral. Memang dah lama pun aku tak menjejakkan kaki ke Burger King.
Seingat aku adalah dalam tahun lepas. Bukannya tak suka. Cuma tak elok diamalkan makan fast food selalu. Hehe..

Burger King yang terkenal dengan slogan "Freshly Flame Grilled For You Since 1954". Heh.. Aku pun masih belum wujud lagi kat dalam dunia ni pada tahun 1954. Orang tua aku pun masih belum ada lagi agaknya.

Malaysia pun masih belum merdeka. Mungkin orang Malaysia masa tu bersusah payah makan ubi kayu dan menyorok dari askar Jepun. Bimbang jika ada radio yang tersembunyi di dalam rumah. Macam dalam citer Sarjan Hassan.

Burger King yang asalnya dari negara Amerika Syarikat. Satu-satu nya negara yang tak perlu untuk mendaftar Syarikat perniagaan di mana-mana agensi pendaftarann perniagaan.

Makan Tengah Hari di Burger King KL Sentral

Sampai sahaja di kaunter aku terus sahaja order apa yang dipromosikan di ruang depan pintu masuk. Iaitu Double King Beef yang berharga RM9.90. Memang dah jenis aku, semuanya nak mudah dan cepat. Tak cerewet memilih makanan.

Aku terpaksa menunggu 5 minit sebab Double King Beef belum dimasak lagi. Atau pun mungkin takde dalam stok. Pekerja kaunter meminta aku tunggu sekejap, nanti mereka akan hantar burger kemudian di tempat yang aku duduk.

Samsung WiFi di Burger King KL Sentral
Sementara menunggu burger siap, aku sambungkan WiFi ke alat yang sepatutnya disambung.

Ok. Tak sampai 5 minit rasanya Double King Beef aku dah siap. Sebab aku belum pun sempat habiskan lagi French fries yang ada. Haha..

Lupa pula aku untuk ambil sos cili di tempat yang disediakan. Biasanya aku tak lupa macam ni. Mungkin sebab hujan lebat atas motor tadi membuat kan aku jadi lupa sebentar dengan sos cili di Burger King.

Masa yang aku perlu untuk menghabiskan satu Double King Beef ni rasanya tak sampai pun 5 minit. Lebih kurang dengan tempoh masa burger dibuat. Hurmpphh..

Sedap sangat agaknya. Sampai aku terlupa juga meletakkan sos cili ke dalam burger. Tapi takper, janji perut dah kenyang. Boleh sambung pula untuk buat kerja-kerja aku yang tertangguh dengan menggunakan WiFi yang disediakan.

Lain kali aku nak cuba rasa burger yang lain. Ada banyak lagi menu yang ada di Burger King. Sekian.

You Might Also Like

0 comments