Sarapan Pagi di Mynews Bangsar South
10:44 AM
Dengan adanya kedai serbaneka 24 jam di Malaysia sekarang ni, membuatkan manusia semakin hari semakin malas untuk menyediakan sarapan pagi untuk diri sendiri.
Termasuk juga dengan diri aku sendiri yang lebih senang sahaja makan di luar sambil menikmati udara di waktu pagi.
Menu biasa makan pagi aku adalah tuna sandwich dan kopi. Sama ada kopi tarik dari wonda coffee atau pun kopi arabus caramel. Perasa lain pun ada juga, cuma tak berapa kena dengan tekak aku.
Kalau nak ikutkan lebih murah lagi kalau buat tuna sandwich kat rumah. Jimat pun jimat. Tapi apa kan daya, keadaan masa yang tidak mengizinkan sampai terpaksa bayar sedikit duit untuk mendapatkan seketul sandwich.
Begitu juga dengan kopi. Boleh aje beli kopi Che Nah atau pun kopi Kapal Api. Ikut suka hati nak letak kopi dan gula banyak mana kalau buat di rumah.
Menu lain yang ada dekat Mynews ni seperti roti, sandwich dan maggi. Onigiri pun ada juga jual kat sini. Tapi tak banyak sangat pilihan yang boleh dibuat. Rasa macam nak buat sendiri aje kat rumah dengan menggunakan skill yang sedia ada.
Apa yang best hari ini, aku dapat keychain percuma dari Mynews. Keychain bola premiere league dari cadburry. Tak tau macam mana kriteria untuk dapat keychain percuma. Boleh lah guna untuk kunci motor. Memandangkang aku baru sahaja lepas pasang Givi box kat motor, jadi adalah kawan kunci motor aku. Takdelah sepi. Kahkah..
Sedang aku menikmati kesedapan tuna sandwich, tiba-tiba ada orang tegur aku dari bahagian tepi kanan. Dia memperkenalkan diri dan kerja yang dibuat sekarang ni. Seorang agen public mutual. Belum sampai setahun lagi dalam industri.
Aku memang suka untuk berborak dengan orang yang baru dikenali. Banyak topik yang boleh di bawa berbincang bersama. Aku suka dengan usaha mamat ni. Datang jauh dari Banting untuk mencari rezeki di Kota Metropolitan yang penuh dengan cabaran.
Tak pasti umur berapa. Tapi aku agak bawah 30-an. Masih bujang dan belum kahwin lagi. Kahwin secara rahsia tu aku tak berapa pasti.
Bertukar-tukar topik dari cerita bisnes, minat kereta motor sampai kepada cerita personal. Macam-macam juga yang dia pernah jual sebelum ni, tapi semuanya tak berapa nak menjadi. Dia sendiri mengaku yang dia belum cukup ilmu lagi dalam bisnes. Eh.. Macam aku ni cukup plak ke?
Yang menarik perhatian aku adalah cerita dia masa bawa masuk helmet dari Jepun. Ada beberapa teknik tersembunyi yang tak boleh diketahui umum. Aku akan cuba dengan teknik ni di masa akan datang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Terima kasih beb.
Termasuk juga dengan diri aku sendiri yang lebih senang sahaja makan di luar sambil menikmati udara di waktu pagi.
Mynews Bangsar South
Kedai Mynews yang ada sekarang ni, lebih kurang sama sahaja dengan Kedai 7 eleven. Cuma konsep yang berbeza. Makanan pun aku rasa Mynews lagi sedap. Haha..
Menu biasa makan pagi aku adalah tuna sandwich dan kopi. Sama ada kopi tarik dari wonda coffee atau pun kopi arabus caramel. Perasa lain pun ada juga, cuma tak berapa kena dengan tekak aku.
Kalau nak ikutkan lebih murah lagi kalau buat tuna sandwich kat rumah. Jimat pun jimat. Tapi apa kan daya, keadaan masa yang tidak mengizinkan sampai terpaksa bayar sedikit duit untuk mendapatkan seketul sandwich.
Begitu juga dengan kopi. Boleh aje beli kopi Che Nah atau pun kopi Kapal Api. Ikut suka hati nak letak kopi dan gula banyak mana kalau buat di rumah.
Menu lain yang ada dekat Mynews ni seperti roti, sandwich dan maggi. Onigiri pun ada juga jual kat sini. Tapi tak banyak sangat pilihan yang boleh dibuat. Rasa macam nak buat sendiri aje kat rumah dengan menggunakan skill yang sedia ada.
Keychain premier league percuma dari Cadburry |

0 comments