Itinerari di Osaka Jepun Selama 3 Hari

4:21 PM

itinerari di Osaka Selama 3 hari
Dah selamat semuanya itinerari di Tokyo Selama 5 hari, aku bawa customer pergi ke Osaka pula. Dekat Osaka ni tak lama sangat, ada lah dalam 3 hari sahaja.

Itinerari di Osaka Selama 3 Hari

Hari Pertama ( Namba City dan Sekitar nya) : 

Untuk hari pertama ni, kami bergerak dari Tokyo dengan menaiki Shinkansen ( Bullet Train ) di Tokyo Station. Masa perjalanan mengambil masa kurang lebih 4 jam. Apa je boleh buat dalam train ni,melainkan tidur. 

Sampai sahaja di Osaka, aku bawa diorang pergi check in apartment. Amik masa sikit untuk rehat. Isi perut dulu apa yang patut. Walaupun sebenarnya lepas ni aku akan bawa diorang ke kedai ramen halal.

Kedai ramen halal ni terletak di sekitar Namba City. Boleh ambil train terus ke Namba City, kemudian jalan kaki lebih kurang setengah jam. Nama Kedai ramen ni Ramen Honolu. Boleh cuba Google. Aku guna Google Maps sahaja untuk sampai ke Kedai ramen ni. 



Selesai makan, terus bawa pergi ke Namba City. Namba City ni adalah tempat shopping di Osaka. Macam shopping mall yang ada dekat Malaysia. Cuma harga berbeza. Kat sini dalam Yen. Nak jadi personal shopper kat sini pun boleh sangat rasanya. 

Lupa pulak nak bagitahu, kat Namba City ni ada surau disediakan. So, tak payah susah nak solat dekat parking kereta. Seingat aku kena ambil kunci dulu kat kaunter. Nanti dia akan bagitahu dekat mana surau tu. 

Dah setel semua, pulang semula ke apartment untuk tidur.  

Hari Kedua ( Kuromon Market, Nara Park & Umeda ) : 

Hari Kedua ni aku bawa diorang pergi ke Kuromon Market. Tempat terkenal di mana barang-barang basah dijual di Osaka.

Kuromon Market Osaka
Nak cari ketam besar kat sini pun ada. Boleh beli, dan suruh penjual tu masakkan sekali. Senang. Boleh terus makan. 

Actually masa kat Osaka ni, dah tak ikut itinerari di Osaka yang sebenar. Aku terpaksa susun semula jadual mengikut citarasa customer dan masa yang ada. 

Nara Park
Lepas tu kami pergi ke Nara Park. Tempat yang terkenal dengan rusa. Masa study dulu, aku tak teringin pun nak datang ke sini. Sebab pada aku apa lah sangat kalau setakat nak tengok rusa kan. Haha... 

Tapi bila dah sampai tu lain macam lak feeling dia. Sempat gak aku ambil gambar sendiri kat sini. 

Dah habis kat tempat rusa ni diorang nak pergi ke Pokemon Centre yang terletak di Umeda City. Layan kan sahaja. 

Hari Ketiga ( Gion Street & Kansai Airport ) : 

Sampai lah hari terakhir di Osaka. Sebelum pergi ke Gion Street, checkout apartment dahulu. Kena bawa lah semua barang-barang yang dibeli dengan beg pakaian sekali. Maksud aku bukan kena bawa sampai ke Gion Street. Cuma bawa sampai di Namba Station.

Gambar di Gion Street
Kemudian, plan asalnya nak letak dalam locker, tapi oleh kerana kebanyakan beg semuanya tak boleh nak sumbat, kena pergi simpan beg di kaunter simpan beg yang ada situ. 

Barulah pergi ke Gion Street. Sampai sahaja di Gion Street, makan dahulu di Kedai ramen halal di Nara pulak. Nama Kedai tu Naritaya Ramen. Kedai ni beroperasi mengikut masa yang ditetapkan. Memang luck agaknya. Sampai-sampai kami yang pertama.

Lepas tu ambil gambar sikit-sikit kat sini. Gion Street ni adalah kawasan bangunan lama-lama macam kat dalam cerita Oshin tu. Kat sini sepatutnya aku kena bawa pergi ke Fushimi Inari dan Arashiyama (Bamboo Groove). Tapi disebabkab masa tak cukup, cukuplah sampai di sini sahaja.

Gambar terakhir di Kansai Airport
Kemudian bergerak semula ke Namba station, ambil beg dan terus ke Kansai Airport. Sekian sudah itinerari di Osaka Selama 3 hari. Kerja aku sebagai tour guide Jepun ni pun selesai. Fuhh..

You Might Also Like

0 comments