Helmet SGV Helmet Murah dan Selesa Untuk Kegunaan Harian
12:17 PM
Semalam aku terbeli sebiji lagi helmet untuk kegunaan harian. Helmet yang biasa aku pakai adalah MS88. Harga murah sikit dari Helmet SGV yang baru dibeli.
Helmet lama aku dulu pernah dicuri di perpustakaan awam di Ipoh. Tujuan aku ke perpustakaan masa tu tak lain tak bukan adalah untuk belajar, bukannya nak bercinta macam sesetengah orang. Haha..
Helmet aku masa tu kaler biru. Bukannya biru muda atau tua. Tetapi biru ada kilat-kilat sikit. Biru metalik kot nama nya. Helmet tu aku sangkut kan di motor, di bawah bahagia seat motor. Bukan susah rupanya nak curi helmet. Potong sahaja tali yang sangkut di motor tu. Dah boleh bawa balik sebiji helmet.
Sekarang ni tak perlu lagi aku sangkut kan helmet di bawah seat motor. Sebab dah pasang givi box. Boleh simpan helmet dalam box. Dan takde orang yang boleh curi. Melainkan kalau dia curi sekali dengan aku punya givi box.
Harga helmet SGV sekarang ni pun masih lagi dalam kategori Harga mampu milk bagi rakyat marhaen macam aku. Bagi orang lain aku tak tau. Boleh juga beli helmet ni dekat Shopee. Banyak pilihan yang ada kat dalam tu.
Tapi, lebih baik pergi ke kedai untuk beli helmet. Takut nanti helmet yang sampai tak menepati citarasa atau pun saiz yang diinginkan.
Kalau di kedai motor kita boleh kawtim sket dengan taukey kedai. Sikit-sikit boleh la nak kawtim kot. Kalau banyak sangat, nanti takut kena tiaw pulak. Hihi..
Macam biasa beli helmet dekat Shopee. Beli sekali dengan visor untuk mengelakkan batu-batu atau pasir di jalanan dan juga air hujan dari mencucuk muka. Helmet baru aku ni memang ada cop sirim. Selamat untuk digunakan di jalanraya Malaysia.
Helmet SGV Murah
20 tahun dulu, helmet ni merupakan helmet yang boleh dapat secara percuma apabila beli motosikal di mana-mana kedai yang jual motor.Helmet lama aku dulu pernah dicuri di perpustakaan awam di Ipoh. Tujuan aku ke perpustakaan masa tu tak lain tak bukan adalah untuk belajar, bukannya nak bercinta macam sesetengah orang. Haha..
Helmet aku masa tu kaler biru. Bukannya biru muda atau tua. Tetapi biru ada kilat-kilat sikit. Biru metalik kot nama nya. Helmet tu aku sangkut kan di motor, di bawah bahagia seat motor. Bukan susah rupanya nak curi helmet. Potong sahaja tali yang sangkut di motor tu. Dah boleh bawa balik sebiji helmet.
Helmet SGV yang aku beli di Shopee |
Kaler Helmet SGV
Beberapa jenis kaler helmet sgv |
Dulu takde lagi kaler matte. Atau pun lebih dikenali di zaman sekarang ni dengan kaler mati. Hitam mati, biru mati, merah mati dan macam-macam lagi kaler yang ada selagi boleh dimatikan.
Harga helmet SGV sekarang ni pun masih lagi dalam kategori Harga mampu milk bagi rakyat marhaen macam aku. Bagi orang lain aku tak tau. Boleh juga beli helmet ni dekat Shopee. Banyak pilihan yang ada kat dalam tu.
Tapi, lebih baik pergi ke kedai untuk beli helmet. Takut nanti helmet yang sampai tak menepati citarasa atau pun saiz yang diinginkan.
Jadual Saiz Helmet |
Jenis Helmet SGV
Helmet SGV Biasa |
Helmet SGV Cruiser |
Helmet SGV 5 Button |
Baru aku tau yang sekarang ni ada banyak jenis helmet SGV. Ada yang jenis cruiser, biasa dan kalau nak yang rare sikit helmet sgv 5 button. Yang jenis ni tak tau ada production lagi ke tak. Kena tanya dekat kilang SGV baru boleh dapat jawapan nya.
0 comments