Tahun 2020 Hanya Tinggal Kenangan, Covid-19 & Teori Konspirasi - STAY AT HOME
11:43 AMCOVID-19
Situasi yang bermula pada awal tahun 2020, dimana Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengesahkan
kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020.
Pada pertengahan bulan Mac 2020 pula, sebanyak 190 kes baru dilaporkan positif COVID-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 428 kes.
Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baru adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
Dan sehingga ke hari ini di tahun 2021, kita masih lagi dalam keadaan Perintah Kawalan yang telah ditukarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).
Teori Konspirasi
Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan covid-19 hanyalah satu teori konspirasi yang telah dirancang secara teliti oleh pihak-pihak yang tertentu.
Ada pihak di U.S menuduh China cuba menutup cerita punca sebenar penularan wabak Covid-19 yang berasal dari sebuah makmal di Wuhan dan bukannya di sebuah pasar di bandar itu.
Seorang penulis novel Dean Koontz pernah meramal kemunculan korona virus yang dikenali dengan 'Wuhan Flu' sebelum ini, dalam novel terbitannya pada tahun 1981 iaitu "The Eyes of Darkness". Virus itu merupakan ciptaan saintis China sebagai senjata biologi.
Di dalam novelnya lagi, virus itu diberi nama 'Wuhan-400' kerana dicipta di dalam sebuah makmal di Wuhan,China. Namun perkara itu dapat dibocorkan oleh seorang saintis China yang melarikan diri ke U.S.
Teori Konspirasi dan Covid-19
Sejauh mana kebenaran teori konspirasi dan covid-19 tiada siapa yang dapat memastikannya.
Adakah benar covid-19 memang disengajakan untuk memasuki ke negara-negara yang telah ditentukan atau pun memang benar virus itu datang daripada kelawar, ular dan haiwan eksotik yang lain?
Sumber :
1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-covid-19-di-malaysia
2.https://www.sinarharian.com.my/article/74260/SUARA-SINAR/Pojok/Perang-biologi-dan-teori-konspirasi-Covid-19
0 comments