Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0
12:01 PMPKP 2.0
Perjalanan merentas negeri dan daerah adalah dilarang bagi negeri yang terlibat dengan PKP kali ini. Aktiviti sosial yang melibatkan perhimpunan besar-besaran seperti perkahwinan, persidangan, perjumpaan, seminar, kursus dan aktiviti sukan berkumpulan tidak dibenarkan dalam tempoh ini.
Bisnes PKP
Rasanya ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP 2.0 kali ini. Terutamanya bagi bisnes pelancongan (sejak PKP 1.0 lagi) . Homestay, Hotel dan Resort. Memandangkan ramai rakyat yang tidak dapat untuk merentas negeri mahupun daerah.
Bisnes makanan masih lagi boleh beroperasi seperti biasa tetapi dalam waktu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Macam mana dengan bisnes burger? Rata-rata yang buat bisnes burger adalah secara sambilan di waktu malam. Tetapi dalam waktu sekarang ini, adakah wajar untuk buka bisnes burger di waktu tengahari sehingga pukul 8 malam?
Mana pula aku nak cari burger tengah-tengah malam.....
Sekolah PKP
Manakala sekolah terpaksa ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Hanya murid yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM dibolehkan untuk hadir ke sekolah.
Bagi diri aku pula, kerja tetap berjalan seperti biasa sejak 11 tahun yang lalu. Online Entrepreneur & Freelancing.
STAY SAFE AT HOME!!
0 comments